Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Penyanyi Indonesia Tulus bakal jayakan konsert di Kuala Lumpur ubati rindu peminat

Anggaran Waktu Membaca:
Penyanyi Indonesia Tulus bakal jayakan konsert di Kuala Lumpur ubati rindu peminat

Penyanyi Indonesia Tulus. (Gambar: shirazprojects/Instagram)

KUALA LUMPUR: Penyanyi serba boleh, Tulus, bakal membuat penerbangan ke Kuala Lumpur untuk menghiburkan peminat di konsert 'Fabulous Friday presents Tulus' yang dijangka berlangsung pada 6 Januari 2023.

Ini merupakan konsert ketiga di Kuala Lumpur buat Tulus, yang terkenal dengan lagu-lagu 'Monokrom', '1,000 Tahun Lamanya' dan 'Hati-Hati Di Jalan'.

“Lama betul tidak bertemu dengan para peminat di Kuala Lumpur. Semoga rindu ini menghilang ketika kita bertemu di Dewan Plenari kelak."

“Kita bakal menyanyi bersama-sama,” ujar Tulus yang turut tidak sabar bertemu para peminatnya, lapor Astro Awani.

Sementara itu, pihak penganjur Shiraz Projects, yang sebelum ini membawa Tulus datang ke Kuala Lumpur untuk konsert, berbesar hati untuk sekali lagi menganjurkan konsert Tulus.

“Adalah menjadi tanggungjawab kami membawakan semula Tulus ke Kuala Lumpur. Kita sedia maklum Tulus akan muncul dengan lagu-lagu berkualitinya yang akan dibawakan bersama bandnya yang cukup kompak."

“Saya percaya dengan kehadiran Tulus bukan sahaja akan melunaskan kerinduan para peminat tegarnya tetapi juga kita dapat belajar tentang produksi dan karya yang baik dari rakan seni seberang. Hal seperti ini wajar kita kongsi dan bawakan untuk dipersembahkan bukan sahaja sebagai hiburan tetapi pengalaman,” ujar Pengarah Urusan Shiraz Projects, Shirazdeen Karim, seperti dinukil Astro Awani.

Bertempat di Dewan Plenari Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), suasana kali ini bakal menggamit memori dan momen peminat bersama Tulus.

Tiket ke konsert 'Fabulous Friday presents Tulus' boleh didapati di www.myticket.asia.

Tiket dijual pada harga RM950 (S$287) (VIP), RM550 (S$166) (Diamond), RM450 (S$136)(Platinum), RM350 (S$106) (Gold) dan RM250 (S$76) (Silver).
Sumber : Agensi berita/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan