Penyanyi Ibnor Riza menghidap barah limfoma
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Astro Awani
KUALA LUMPUR: Selepas berdepan dengan masalah kesihatan sejak beberapa bulan lalu, penyanyi terkenal era 80-an, Ibnor Riza mendedahkan, beliau disahkan menghidap barah limfoma.
Dengan nada sebak, penyanyi lagu popular "Meneka Dalam Kesamaran" dan "Berdiri Seorang Perindu" itu mengatakan, beliau akan dipindahkan ke Hospital Tuanku Ja'afar Seremban untuk memulakan rawatan kimoterapinya yang pertama, lapor Astro Awani.
Dengan perasaan yang sangat pilu, Ibnor Riza memohon semua orang mendoakan kesihatannya.
"Ini hari terakhir saya berada di Hospital Port Dickson. Esok saya akan pindah ke Hospital Tuanku Ja'afar Seremban.
"Saya kena barah limfoma dan esok saya akan mula membuat kimoterapi dan saya mohon doa kawan-kawan semua. Terima kasih semua," katanya melalui satu video yang dikongsi di media sosial pada Ahad (5 Mac), menurut Astro Awani.
Sebelum ini, Ibnor dirawat di wad biasa dan masih dalam pemantauan susulan bengkak pada lehernya yang masih kelihatan.
Pada Januari lalu, Ibnor dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan disahkan menghidap 'Vocal Cord Palsy' yang membuatkan dirinya sukar bercakap akibat bengkak dialami pada leher.
Penyanyi berusia 62 tahun itu juga sebelum ini dilaporkan menghidap pelbagai komplikasi antaranya kencing manis, darah tinggi, migrain dan tahap kolesterol kritikal.

Sumber : Agensi berita/HY/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.