Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Penyanyi Ibnor Riza hilang suara

Anggaran Waktu Membaca:
Penyanyi Ibnor Riza hilang suara

(Gambar: ibnorriza_official/Instagram)

Diterbitkan : 04 Jan 2023 06:10PM Dikemas Kini : 04 Jan 2023 06:11PM
KUALA LUMPUR: Penyanyi Malaysia, Ibnor Riza dilaporkan sedang mengalami dugaan hidup apabila menderita pelbagai penyakit sehingga menyukarkan dirinya menjalani kehidupan harian.

Ibnor yang cukup terkenal dengan lagu 'Mimpi Yang Tak Sudah' itu diketahui menderita darah tinggi, kencing manis, kolestrol tinggi, buasir serta kehilangan suara.

Menerusi perkongsian yang disampaikan dalam kiriman WhatsApp kepada rakan-rakan dan media, penyanyi berusia 62 tahun tersebut juga mengalami sakit migrain yang susah dikawal serta bengkak leher yang berpunca dari sel yang mati dan membentuk cecair nanah serta memerlukan pembedahan.

“Dengan izin dari sahabatku saudara Ibnor Riza, saya ingin memaklumkan beliau sekarang sedang dalam pelbagai dugaan penyakit yang datang serentak iaitu darah tinggi, kencing manis, kolestrol tinggi, buasir yang membengkak dan kehilangan suara. Inilah yang dihadapi oleh sahabat kita Ibnor Riza,” tulis isi pesan WhatsApp tersebut, lapor agensi berita Astro Gempak.

Penyanyi lagu 'Berdiri Seorang Perindu' itu juga dikhabar dalam proses berubat dengan pakar namun dinasihatkan tidak melakukan pembedahan kerana keadaan kesihatan yang tidak stabil.

“Doakan yang terbaik buat Ibnor Riza Ibrahim dan agar Allah permudahkan bantuan dan urusannya,” katanya, menurut Astro Gempak.

Pengirim juga menyatakan bekas Bintang RTM itu kini mengalami kesulitan termasuk untuk keperluan kewangan perubatan dan meminta jasa baik sekiranya ada yang sudi menghulurkan sumbangan.

“Dalam keadaan yang sama, dengan pelbagai kesulitan demi melaksanakan keperluan seharian termasuk keperluan perubatan."

“Sebelum saya menutup kalam ini, bagi sahabat sahabat yang ingin menghulurkan bantuan kewangan seikhlas mungkin, bolehlah membantu agar dapat meringankan beban yang ditanggung."
Sumber : Agensi berita/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan