Skip to main content

Hiburan

Penyanyi Elly Mazlein kongsi berita hamil anak kedua

Penyanyi, pelakon dan pengacara Elly Mazlein berkongsi berita gembira bahawa beliau hamil anak kedua.

Anggaran Waktu Membaca:
Penyanyi Elly Mazlein kongsi berita hamil anak kedua

Elly Mazlein. (Gambar: Instagram/Elly Mazlein)

Diterbitkan : 06 Apr 2021 02:18PM Dikemas Kini : 06 Apr 2021 02:21PM

MALAYSIA: Penyanyi, pelakon dan pengacara Elly Mazlein berkongsi berita gembira bahawa beliau hamil anak kedua.

Menerusi catatan di akaun Instagramnya, Elly mengucapkan terima kasih kepada semua peminat yang sentiasa mendoakan kesejahteraannya.

"Syukur Alhamdulillah. Insya Allah, tak lama lagi akan hadir nyawa kecil dalam keluarga kami. Atuk akan dapat cucu lagi, papa akan dapat seorang lagi anak manja dan kakak manja akan dapat adik.

"Dan mama tak sabar nak menjaga kesemua nyawa suri hati ini. Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.

"Terima kasih di atas doa, wahai kesayangan semua. Terima kasih sentiasa bersama saya dari saat getir hingga saat pelangi kebahagian datang menerpa. Doa saya agar Allah permudahkan urusan anda semua," tulisnya, seperti yang dipetik oleh Harian Metro.

Dalam catatan yang sama Elly juga berkongsi mengenai anak sulungnya Putri Sara Sefhia yang mengimpikan seorang adik perempuan.

Elly sebelum ini berteka-teki mengenai kehamilannya dan berjanji untuk berkongsi mengenai perkara itu apabila dia sudah bersedia, menurut laporan Harian Metro.

Ini adalah cahaya mata pertama hasil perkahwinan kedua dengan pasangan, Muhammad Azlan Che Nuh manakala Sefhia adalah cahaya mata dari perkahwinan pertamanya dengan bekas suami, Azmi Hatta, lapor akhbar itu lagi.

Sumber : Agensi berita/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita