Penyanyi Dua Lipa teroka Katong, nikmati laksa dan air asam boi jelang konsert di SG
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Catatan terbaharu di laman Instagram Dua Lipa, penyanyi dari England, mempamerkan keterujaannya untuk beraksi dalam konsertnya di Singapura pada Selasa (5 Nov) malam.
Penyanyi yang popular dengan lagu Levitating itu malah berkongsi dirinya meneroka daerah Katong, bergambar di luar Kuil Sri Senpaga Vinayagar serta menikmati semangkuk laksa dengan rakan-rakannya di 328 Katong Laksa.
Gambar-gambarnya juga menunjukkan meja yang dipenuhi hidangan seperti 'chilli crab' atau ketam berlada, kemungkinan dari New Ubin Seafood di CHIJMES.
"Setakat ini jelajah ini 'dikuasakan' oleh jus asam boi, 'chilli crab' dan laksa!" tulisnya di laman Instagram, sambil menambah, "Apa lagi yang harus saya cuba sepanjang saya di sini?"
Bahagian komennya jelas sarat dengan saranan bagi hidangan tempatan kegemaran ramai seperti nasi ayam, sate, beriani, kek pandan dan nasi goreng.
Konsertnya di Singapura adalah persinggahan pertama bagi jelajah Radical Optimism Tour, yang bermula di Asia dan akan berakhir di Amerika Syarikat pada Oktober 2025.
Pada awalnya konsert Dua Lipanya di sini hanya dijadualkan bagi satu malam pada 6 November.
Artis yang pernah memenangi anugerah Grammy itu menambah satu lagi tarikh pada 5 November disebabkan permintaan tinggi.
Dua Lipa kembali ke Singapura selepas pernah membuat persembahan solo di The Star Theatre dan kemudian menyertai Martin Garrix di Grand Prix Singapura pada 2018.
Radical Optimism Tour adalah jelajah konsert ketiganya dan jelajah stadium pertama beliau bagi mempromosikan album baharunya.

Sumber : CNA/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.