Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Penyanyi Dua Lipa batal konsert di Indonesia gara-gara pentas tidak selamat

Penyanyi Dua Lipa membatalkan konsert Jelajah Asia di Indonesia kerana keadaan pentas konsert yang didakwa tidak selamat.

Anggaran Waktu Membaca:
JAKARTA: Penyanyi Dua Lipa membatalkan konsert Jelajah Asia di Indonesia kerana keadaan pentas konsert yang didakwa tidak selamat.

Penyayi pop berusia 29 tahun itu dijadual membuat persembahan di Jakarta pada Sabtu (9 Nov) namun beliau membatalkan konsert itu pada Jumaat malam (8 Nov) disebabkan oleh isu keselamatan di Arena Indonesia.

"Saya sedih berkongsi bahawa saya tidak dapat lakukan persembahan di Jakarta pada Sabtu ini," katanya dalam satu catatan media sosial pada lewat Jumaat.

"Saya berada di negara anda yang begitu hebat dan bersedia melakukan persembahan, tetapi saya sedih untuk katakan bahawa persembahan tidak dapat diteruskan kerana terdapat isu keselamatan dengan pentas."

Dua Lipa baru selesai mengadakan persembahan di Singapura.

Kini, konsert Jelajah Asianya akan melepasi Indonesia dan diteruskan ke Filipina, Jepun, Taiwan, Malaysia dan Thailand.

"Saya benar-benar tidak sabar untuk malam ini, dan ia mengecewakan saya kerana kami tidak dapat membuat persembahan untuk anda semua, terutama sekali kerana sudah lama sejak saya membuat persembahan di Jakarta," katanya.

"Saya sayang anda semua dan benar-benar tidak sabar untuk kita dapat bersatu di ruang yang sama dengan anda semua menyanyi dan menari sepuas hati."
Sumber : AFP/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan