Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Penyanyi The Cranberries, Dolores O'Riordan, meninggal dunia

Penyanyi dan penulis lirik Dolores O'Riordan, penyanyi utama kugiran rock The Cranberries, meninggal dunia secara mengejut di London pada usia 46 tahun, menurut pegawai publisitinya.

Anggaran Waktu Membaca:
Penyanyi The Cranberries, Dolores O'Riordan, meninggal dunia

Penyanyi utama kugiran The Cranberries, Dolores O'Riordan yang meninggal dunia. (Gambar: AFP/GUILLAUME SOUVANT)

Diterbitkan : 16 Jan 2018 08:38AM Dikemas Kini : 16 Jan 2018 08:42AM

LONDON: Penyanyi dan penulis lirik Dolores O'Riordan, penyanyi utama kugiran rock The Cranberries, meninggal dunia secara mengejut di London pada usia 46 tahun, menurut pegawai publisitinya.

"Penyanyi Irish dan antarabangsa Dolores O'Riordan meninggal dunia secara mengejut di London hari ini (15 Jan), anggota keluarga beliau amat bersedih," kata Lindsey Holmes dalam satu kenyataan.

"Penyanyi utama itu...berada di London untuk menjalani satu rakaman ringkas," tambah beliau. "Tiada maklumat lanjut diberikan buat masa ini."

Seorang jurucakap polis Metropolitan London mendedahkan bahawa para pegawainya "sedang menangani kes kematian mengejut" selepas dikerahkan ke sebuah hotel di Park Lane, di bahagian tengah ibu kota Britain itu pada 9.05 pagi waktu tempatan.

Beliau tidak pula mengesahkan identiti mayat yang ditemui.

"Seorang wanita yang berusia 40-an tahun disahkan mati di lokasi," kata jurucakap berkenaan.

"Pada tahap awal ini kami belum dapat memberikan penjelasan dan siasatan sedang dijalankan," tambah beliau.

Media Britain melaporkan bahawa hotel tersebut adalah London Hilton di Park Lane.

"Kami dengan dukacita mengesahkan bahawa seorang tetamu hotel meninggal dunia pada Isnin, 15 Januari," kata seorang jurucakap Hilton.

"Pasukan kami mengambil tindakan dengan pantas untuk memaklumkan Polis Metropolitan dan kami sedang bekerjasama sepenuhnya dengan siasatan yang dijalankan."

Presiden Ireland Michael D Higgins turut menyampaikan takziah dan menyifatkan kematian tersebut sebagai "satu kehilangan besar".

"Dolores O'Riordan dan The Cranberries mempunyai pengaruh yang hebat ke atas musik pop dan rock di Ireland dan antarabangsa," menurut beliau dalam kenyataannya.

O'Riordan berkahwin dengan Don Burton, bekas pengurus Duran Duran pada 1994 tetapi bercerai pada 2014.

Kugiran rock itu menerbitkan album terakhirnya berjudul "Something Else" tahun lalu. 

Sumber : AFP/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan