Skip to main content

Hiburan

Penyanyi Cat Farish kini bergelar suami kepada Shikin Maembong

Anggaran Waktu Membaca:
Penyanyi Cat Farish kini bergelar suami kepada Shikin Maembong

Gambar: Agensi berita

Diterbitkan : 14 Jul 2023 04:50PM
KUALA LUMPUR: Dengan sekali lafaz, penyanyi dan pelakon, Cat Farish sah bergelar suami kepada pasangannya, Shikin Maembong, pada Khamis malam (13 Jul).

Cat atau nama sebenarnya, Farish Ramli, 49 tahun, dan Shikin atau Siti Nur 'Ashikin Ismail, 40 tahun, diijabkabulkan dalam majlis akad nikah yang berlangsung di Asiana Grand Hall, Setapak, dengan mas kahwin RM200 (S$58).

Majlis akad nikah disempurnakan jurunikah, Ustaz Mohd Shukri Shafie dari Masjid Ibn Abbas, Taman Ibu Kota, dan diwalikan bapa Shikin, Ismail Embong, seperti dipetik agensi berita BH Online.

Pihak pengantin perempuan menghantar lima dulang hantaran dan berbalas tiga dulang daripada pihak pengantin lelaki.

Sebelum ini, Cat pernah berkahwin dengan Suriani Hassan, 37 tahun, pada November 2020, namun bercerai pada Januari lalu. Mereka tidak dikurniakan cahaya mata.

Cat juga pernah berkahwin dengan Hartiny Ramli dan berpisah pada April 2016, menurut BH Online. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Nia Karlyssa, 15 tahun, Eva Latheefa, 13 tahun, dan Qul Iskandar, 12 tahun.

Sementara itu, Shikin pula pernah mendirikan rumah tangga dengan Chef Riz yang juga anak kepada Redzuawan Ismail atau Chef Wan pada 5 Disember 2014, sebelum bercerai pada Jun 2016.

Mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Putri Arianna, menurut BH Online.

Shikin kemudian berkahwin buat kali kedua pada Mac 2020, namun berpisah selepas dua tahun.
Sumber : Agensi berita/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita