Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Penyanyi buta dari Indonesia berjaya tambat hati pengadil America's Got Talent, raih 'Golden Buzzer'

Anggaran Waktu Membaca:
Penyanyi buta dari Indonesia berjaya tambat hati pengadil America's Got Talent, raih 'Golden Buzzer'

(Gambar: Instagram/ agtauditions)

Diterbitkan : 07 Jun 2023 09:04PM Dikemas Kini : 07 Jun 2023 09:52PM
CALIFORNIA: Seorang penyanyi kurang daya penglihatan berasal dari Indonesia menerima kejutan besar apabila beliau menerima 'Golden Buzzer' dalam pertandingan bakat 'America's Got Talent'.

Jika seseorang peserta dianugerahi 'Golden Buzzer' bermakna dia akan terus ke pusingan separuh akhir rancangan tersebut.

Putri Ariani, 17 tahun, membawa lagu berjudul 'Loneliness' yang ditulisnya sendiri sambil bermain piano.

Persembahannya berjaya memukau para pengadil dan penonton dengan suaranya yang lantang sehingga diminta untuk membuat persembahan kali kedua, oleh pengadil terkemuka American Idol, Simon Cowell.

Putri bersetuju dengan permintaan itu dan mempersembahkan lagu 'Sorry Seems to be the Hardest Word' oleh Elton John.

Pengadil lain Heidi Klum, Sofia Vergara dan Howie Mandell memuji persembahannya dan bersetuju bahawa Putri Ariana adalah bakat yang menakjubkan manakala Simon Cowell terus menekan butang 'Golden Buzzer'.
 
Beliau menaiki pentas untuk memberi kata-kata semangat kepada Putri yang kelihatan begitu gembira atas keputusan pengadil itu.

Ariana Nisma Putri, merupakan pemenang pertandingan Indonesia Got Talent 2014 ketika beliau berusia lapan tahun.

Sejak itu, beliau berjaya mengeluarkan berpuluh lagu dan meraih minat terutamanya di Indonesia dan diberi peluang untuk membuat persembahan semasa acara pembukaan Sukan Para ASEAN 2018, di Indonesia.

Putri mula menunjukkan minat untuk menyanyi pada usia dua tahun.

Kini, beliau bercita-cita untuk meneruskan pengajiannya di Sekolah Julliard, sebuah sekolah muzik terkenal, di mana beliau boleh meningkatkan bakatnya dalam bidang muzik.
Sumber : BERITA Mediacorp/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan