Skip to main content

Hiburan

Penyanyi Bonnie Tyler ditidurkan susuli pembedahan cemas

Anggaran Waktu Membaca:
Penyanyi Bonnie Tyler ditidurkan susuli pembedahan cemas

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 10 May 2026 12:11AM Dikemas Kini : 10 May 2026 12:12AM

BARCELONA: Penyanyi Britain Bonnie Tyler kini ditidurkan ketika menjalani pemulihan selepas pembedahan kecemasan akibat usus bocor di Portugal, lapor agensi berita Jerman dpa.

Satu kenyataan yang disiarkan di laman webnya mengesahkan bahawa tindakan menidurkan penyanyi itu adalah untuk “membantu proses pemulihannya,” menurut kenyataan itu pada Jumaat.

Tyler, 74, menjalani pembedahan di sebuah hospital di Faro, Portugal. Pembedahan itu berjalan lancar dan beliau sedang pulih, tetapi keadaannya kemudian merosot akibat jangkitan, lapor akhbar Portugal Publico dan Correio da Manha.

Kenyataan di laman web Tyler turut mengucapkan terima kasih kepada para peminatnya atas “curahan kasih sayang dan doa yang luar biasa.” Ia juga memohon “privasi dalam tempoh sukar ini,” sambil menyatakan, “Kami akan mengeluarkan kenyataan lanjut apabila keadaan mengizinkan.”

Tyler merancang mengadakan satu siri konsert di Eropah pada akhir tahun ini. “Semua perancangan setakat ini kekal tidak berubah sehingga kami menerima maklumat sahih secara langsung,” menurut agensi perhubungan awam yang bertanggungjawab bagi konsert yang dirancang di Jerman kepada dpa sebagai maklum balas kepada pertanyaannya.

Sumber : Bernama/AY/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita