Penyanyi Ann Hussein, pempengaruh Zuhairi Idris antara yang bakal buat persembahan di Malam Cabaran Presiden 2025
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Malam Cabaran Presiden 2025 bakal menyaksikan barisan artis dan selebriti tempatan menampilkan persembahan istimewa bagi mengumpul dana untuk mereka yang memerlukan.
Antara yang bakal membuat persembahan ialah pempengaruh serba boleh, Zuhairi Idrs, dan penyanyi veteran, Ann Hussein.
Bagi Encik Zuhairi, pengalaman tersebut amat bermakna kerana selain pertama kali menyertai acara tersebut, beliau juga berpeluang mencuba genre tarian baharu sambil menyumbang kepada tujuan kebajikan.
Beliau akan membuat persembahan tarian 'waacking' bersama selebriti lain termasuk Rayyan Syafiq Abdullah, Hazelle Teo, Jaynesh Isuran bersama para pelajar Sekolah Menengah Crest.
Meski sibuk disebabkan jadual yang padat, beliau gigih berlatih sendirian di rumah.
"Di samping sesi latihan bersama kumpulan, saya juga berlatih sendiri di rumah dengan menonton rakaman video latihan supaya saya dapat memperbaiki pergerakan dan memastikan persembahan berjalan lancar," kongsi Encik Zuhairi.

ANN HUSSEIN JALANI LATIHAN VOKAL DEMI PERSEMBAHAN MEDLEY
Kali terakhir Cik Ann terlibat dalam Malam Cabaran Presiden adalah pada 2016, di mana beliau membuat persembahan.
Setahun sebelum itu, beliau merupakan jurulatih vokal untuk acara yang sama.
Beliau kembali selepas hampir sedekad dengan persembahan “Latin Medley” bersama Joanna Dong dan Mohamed Rafee.
Disebabkan penglibatannya di belakang tabir dalam induztri muzik, serta sudah lama tidak membuat persembahan, beliau perlu menjalani latihan vokal untuk memastikan persembahan terbaik untuk penonton.
"Saya telah menjalani latihan vokal hampir setiap hari sejak tiga minggu lalu, selain melakukan senaman berjalan kaki untuk meningkatkan stamina," kata Cik Ann.
Beliau berharap persembahannya dapat menyentuh hati penonton dan menggalakkan mereka untuk menderma dengan lebih murah hati.
Tahun ini, Presiden Tharman Shanmugaratnam akan bertemu dengan bekas atlet tenis meja kebangsaan Ethan Poh dan Zoe Tay untuk pertandingan 'piano pong', iaitu bermain ping pong di atas sebuah piano.
Malam Cabaran Presiden 2025 akan disiarkan secara langsung di mewatch, Saluran 5, Mediacorp Entertainment di YouTube, dan TikTok Mediacorp malam ini (2 Nov), bermula 7.30 malam.

Sumber : BERITA Mediacorp/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.