Penyanyi Amerika Madison Beer bayar sewa sebulan buat salun kuku di Aljuneid
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: edensatelier.co/Instagram; Rebecca Sapp/Getty Images for The Recording Academy/AFP)
SINGAPURA: Penyanyi dan penulis lagu daripada Amerika Syarikat, Madison Beer, 25 tahun, dipuji warga net atas tindakan baiknya setelah beliau membantu sebuah salun kuku membayar kos sewa selama sebulan yang berjumlah S$3,460.
Hazel Wah, pemilik salun Edens' Atelier Co di Aljuneid yang berusia 21 tahun, berkongsi kisah itu di Instagram pada Sabtu (24 Ogos).
Wah memulakan catatannya dengan menceritakan tentang "masalah kewangan" yang dihadapi kerana salun itu, yang dahulu dikenali sebagai Toto Nail Studio, baru sahaja berpindah kepada sebuah studio yang lebih besar. Namun, beliau dibiarkan "tergantung" oleh seorang rakan kongsi perniagaan sebelum ini yang tidak menepati perjanjian awal mereka.
Beliau mendakwa telah kehilangan S$20,000 dan perlu bekerja syif sepanjang 12 jam sehari untuk menampung kehilangan wang berjumlah sedemikian.
Dalam catatannya, Wah berkata bahawa beliau mempertimbangkan untuk berpindah semula kepada sebuah studio yang lebih kecil dan bermula semula, apabila beliau menerima pesanan mesej di Instragram daripada Madison Beer.
Dalam pesanan ataupun DM berkenaan, Cik Beer bertanya jika beliau boleh mendapatkan khidmat kuku di salun Wah.
Penyanyi itu mendakwa mempunyai ada persembahan pada malam itu - sebuah konsert di Singapore Expo pada 22 Ogos - namun kukunya "patah dan berpecah".
Wah memberitahu Mediacorp Beer mengetahui tentang khidmatnya setelah mencari salun kuku di Singapura untuk membetulkan kukunya itu.
Wah menambah Beer paling sukakan hasil kerjanya jadi beliau membuat pilihan untuk mendapatkan perkhidmatannya.
Penyanyi itu kemudian pulang ke studio pada keesokan hari untuk mendapatkan set kuku yang baharu buat satu sesi penggambaran. Ketika lawatan ini, Wah menceritakan tentang 'masalah kewangan' yang dihadapinya kepada Beer.
Wah berkata bahawa penyanyi itu "benar-benar baik, begitu mesra" dan menyatakan pengalaman itu sebagai suatu yang "menakjubkan". Wah juga berkongsi "banyak berbual" dengan Beer.
Wah kemudian berkongsi tangkapan skrin pindahan bank bernilai S$3,460 buat bayaran "Kuku dan Sewa Kedai" dan menjelaskan bahawa Beer meminta agensinya menghantar wang itu kepada Wah tanpa memberitahunya.
“Untuk menampung sewa anda untuk bulan ini. Beritahu saya setelah anda menerimanya. Saya sayang anda dan terima kasih buat semua ini," tulis penyanyi itu dalam DM.
Dalam tangkapan skrin lain tentang perbualan mereka, Wah turut cuba memulangkan wang itu tetapi Beer menolak.
Wah berkongsi dengan Mediacorp bahawa penyanyi itu telah memindahkan wang itu sejurus selepas lawatan keduanya, dan dia tidak mempunyai sebarang hubungan lagi dengan Beer selepas pertukaran itu.
Catatan Wah menerima komen ramai warga net yang berkata bahawa penyanyi itu sebagai "bidadari" dan "orang yang cantik di luar (dan) dalam".
Wah memberitahu Mediacorp bahawa pengikut Instagram studio itu meningkat lebih 2,000 orang sejak kejadian itu dan tempahan slot "semakin penuh berbanding biasa".
"Kumpulan (kami) benar-benar berterima kasih atas peluang yang diberikan kepada kami dan kerana menolong kami maju sebagai sebuah perniagaan," kata Wah.

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.