Penyanyi Amerika Lionel Richie dirawat di ICU selepas konsert
Anggaran Waktu Membaca:
Lionel Richie. (Gambar: Evan Agostini/Invision/AP)
AMERIKA SYARIKAT: Penyanyi terkenal Lionel Richie dilaporkan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) selepas mengadakan konsert pada hujung minggu lalu.
Penyanyi berusia 77 tahun yang pernah memenangi Anugerah Grammy itu dilaporkan meminta pasukannya membawa sebuah kerusi ketika beliau mengakhiri persembahan di Missouri, Amerika Syarikat, pada Sabtu (29 Ogos) dengan lagu All Night Long.
Menurut TMZ, Richie dibawa ke hospital sebagai langkah berjaga-jaga sejurus selepas persembahannya untuk menjalani beberapa pemeriksaan.
Beliau dirawat di ICU dan dilaporkan masih berada di hospital.
TMZ kemudian melaporkan bahawa Richie dijangka dibenarkan keluar hospital pada Selasa. Persembahan seterusnya dalam jelajah Sing A Song All Night Long Tour pula dijadualkan berlangsung pada 26 September di San Francisco.
Pada akhir Jun, penyanyi itu terpaksa menangguhkan dua konsert selepas jatuh sakit ketika berada di atas pentas pada malam pertama konsert jelajahnya.
Richie kembali membuat persembahan pada 30 Jun dan sempat bergurau dengan para peminat.
“Anda semua tidak tahu apa yang saya lalui dalam tempoh 24 jam lalu, mendengar rakan-rakan saya memberi pelbagai nasihat tentang apa yang patut saya lakukan,” katanya.
Beliau kemudian menulis di Instagram: “Terima kasih atas setiap mesej, setiap kata-kata perangsang dan segala kasih sayang yang diberikan kepada saya.
“Saya berada dalam keadaan baik dan saya sangat berterima kasih kepada anda semua.”
Richie terus menikmati populariti baharu menerusi siri konsert di arena yang habis dijual serta peranannya sebagai juri American Idol selama bertahun-tahun.
Lagu-lagu popularnya seperti Hello, All Night Long (All Night), Say You, Say Me dan Dancing On The Ceiling juga terus menjadi antara lagu utama yang dipersembahkannya dalam konsert.

Sumber : Agensi berita/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.