Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Penyanyi Aishah bakal terima gelaran Datuk

Penyanyi lagu Janji Manismu dari Malaysia, Aishah, bakal bergelar Datuk tidak lama lagi.

Anggaran Waktu Membaca:

KUALA LUMPUR: Penyanyi lagu Janji Manismu dari Malaysia, Aishah, bakal bergelar Datuk tidak lama lagi.

Bercakap kepada Malaysiakini, Aishah berkata beliau dijadual menerima Darjah Setia Bakti Negeri Sembilan (DBNS) di satu upacara yang akan diadakan pada 22 Januari ini.

“Alhamdulillah, saya rasa sangat bersyukur dan terharu di atas pengiktirafan sebagai anak seni selama lebih 35 tahun.

“Anugerah ini pula datang dari negeri kampung halaman arwah mak,” katanya melalui aplikasi WhatsApp hari ini (20 Jan) seperti ditukil Malaysiakini.

Aishah, atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin, antara 22 individu yang akan menerima DBNS yang turut membawa gelaran Datuk.

Penyanyi yang turut popular dengan lagu Bahtera Merdeka itu juga merupakan anak kelahiran negeri tersebut.

Aishah pernah menjadi anggota PAS dan aktif berkempen untuk parti berkenaan. Beliau pernah bertanding di Parlimen Jempol, Negeri Sembilan, mewakili parti itu.

Aishah mula meraih perhatian selepas albumnya bersama kumpulan The Fan Club, Sensation, menaikkan namanya ke peringkat antarabangsa.

Beliau juga pernah mengungguli Anugerah Industri Malaysia pada 1995 menerusi Persembahan Vokal Terbaik dalam Album dan menjuarai Anugerah Juara Lagu kelima (AJL5) pada 1990.

Aishah, 57 tahun, turut meraih gelaran juara Gegar Vaganza musim keempat pada tahun 2017.

Panglima Tentera Darat, Zamrose Mohd Zain, mendahului senarai seramai 410 penerima anugerah kebesaran lain sempena Hari Keputeraan ke-74 Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir semalam (19 Jan), lapor Malaysiakini.

Istiadat pengurniaan darjah kebesaran Negeri Sembilan akan berlangsung di Balairung Seri, Istana Besar Seri Menanti, di Kuala Pilah Sesi bagi sesi kedua pada 22 Januari dan sesi ketiga pada 27 Januari.

Sumber : Agensi berita/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan