Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Penyanyi Aiman Tino sertai UMNO; dilantik Pengerusi Biro Putera

Anggaran Waktu Membaca:
Penyanyi Aiman Tino sertai UMNO; dilantik Pengerusi Biro Putera

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Bernam, Rosni Sohar (kiri) hadir pada program penyerahan borang keahlian UMNO daripada Aiman (dua dari kanan) pada Khamis (16 Mac). (Gambar: Agensi berita)

HULU SELANGOR: Penyanyi popular, Aiman Tino, 25 tahun, menyertai politik dengan memilih UMNO sebagai wadah perjuangannya.

Perkara tersebut dikongsikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Bernam, Rosni Sohar melalui kemas kini di Facebooknya pada Jumaat (18 Mac).

Cik Rosni yang juga Setiausaha Wanita UMNO memberitahu, pihaknya hadir dalam program penerimaan borang keahlian UMNO penyanyi muda tersebut Khamis lalu (16 Mac).

"Saya dimaklumkan oleh Ketua Pemuda UMNO Hulu Selangor bahawa saudara Aiman Tino turut dilantik sebagai Pengerusi Biro Putera Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Hulu Selangor," katanya, lapor agensi berita Sinar Harian.

Menurut laporan Sinar Harian, Aiman menyerahkan borang keahlian kepada Ketua Pemuda UMNO Bahagian Hulu Selangor, Omar Al-Khattab Kasim, dengan disaksikan oleh Rosni di Pejabat UMNO Hulu Selangor.

Dalam pada itu, menurut laporan akhbar, penyanyi yang terkenal dengan lagu 'Ku Rela Di Benci' itu memaklumkan penyertaannya sebagai ahli UMNO bukanlah perkara luar biasa kerana sebelum ini ayahnya, Yusri Ishak juga pernah memegang jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO bahagian berkenaan.

Aiman berpandangan hanya parti itu mampu memartabatkan agama, bangsa dan negara sejak dahulu, kini dan selamanya.
 
Sumber : Agensi berita/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan