Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Penyanyi Agnes Monica didesak minta maaf berhubung kontroversi 'darah Indonesia'

Sejak beberapa hari ini, kecoh di media sosial terutamanya dekat Indonesia berhubung penyanyi Agnes Monica. Bintang berasal dari negara itu kini berusaha membina nama di Amerika Syarikat.

Anggaran Waktu Membaca:
Penyanyi Agnes Monica didesak minta maaf berhubung kontroversi 'darah Indonesia'

Penyanyi kelahiran Indonesia, Agnes Monica. (Gambar: Agnez Mo)

Diterbitkan : 30 Nov 2019 01:43PM Dikemas Kini : 30 Nov 2019 01:45PM

KUALA LUMPUR: Sejak beberapa hari ini, kecoh di media sosial terutamanya dekat Indonesia berhubung penyanyi Agnes Monica. Bintang berasal dari negara itu kini berusaha membina nama di Amerika Syarikat.

Kekecohan itu bagaimanapun bukan kerana lagu terbaru Agnes tetapi mengenai satu kontroversi melibatkan ungkapannya berkaitan asal usul dalam satu sesi wawancara santai, di mana beliau menyatakan dirinya "tidak memiliki darah Indonesia", lapor Astro AWANI.

Kenyataan Agnes atau nama sebenarnya Agnes Monica Muljoto, 33 tahun, merobek hati rakyat Indonesia kerana merasakan beliau langsung tidak sensitif dengan apa yang diperkatakan. Malah, ramai yang mengatakan Agnes sudah lupa daratan sejak menebarkan sayap ke negara itu.

Selain warganet, kontroversi itu turut menerima perhatian golongan pemimpin masyarakat - antaranya termasuk Parti Persatuan Pembangunan (PPP) yang mendesak pelantun lagu Matahari itu supaya memohon maaf.

Wakil Ketua PPP, Nurhayati Monoarfa, berkata memohon maaf adalah langkah terbaik agar rakyat Indonesia tidak akan terus marah terhadap Agnes.

Sementara itu, Pegawai Khas Dewan Pengarah Badan Pembinaan Ideologi Pancasila (BPIP) Romo Benny Susetyo menegaskan Agnes adalah rakyat Indonesia kerana dilahirkan di negara itu.

Namun BPIP tetap mempertikaikan cara pernyataan penyanyi berkenaan di dalam wawancara tersebut dan merasakan beliau sepatutnya berbangga menjadi rakyat Indonesia meskipun berdarah kacukan.

"Dia seharusnya berbangga menjadi orang Indonesia meskipun mempunyai pelbagai keturunan. Kalau dia lahir di Indonesia, maknanya dia orang Indonesia," tegas Encik Benny kepada media di Indonesia.

Sebelum ini, Agnes muncul dalam satu wawancara 'Build Series' yang dihoskan oleh Kevan Kenney di Amerika Syarikat. Ketika wawancara tersebut, Agnes menyatakan bahawa beliau "tidak memiliki darah Indonesia".

Kenyataan tersebut membuatkan warganet tidak senang duduk dan menyerangnya di laman sosial.

Susulan daripada itu, penyanyi berkenaan tampil untuk menegaskan dirinya adalah seorang nasionalis.

"Semua orang tahu kalau saya nasionalis. Kalau kita mau ngomong masalah nasionalis, definisi nasionalis sekarang itu apa?" kata Agnez Mo dalam wawancara bersama Deddy Corbuzier yang ditayangkan di saluran YouTube Deddy pada Jumat (29 Nov) malam.

Agnes juga memberi contoh dalam wawancaranya bersama Kevan Kenney bahawa beliau tidak menyebut Indonesia dan orang Indonesia sebagai "mereka" tetapi sebaliknya "kami" yang menunjukkan betapa beliau merasa memiliki Indonesia.

"Saya menjelaskan bahawa Indonesia punya 18,000-an pulau dan di setiap pulau, kami punya bahasa sendiri, kami punya baju adat sendiri," tuturnya seperti dipetik Bernama.

Meskipun demikian, pelantun lagu "Long As I Get Paid" itu mengakui berasa sedih setelah potongan klip wawancaranya menjadi tular dan disalahertikan. 

Sumber : Agensi berita/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan