Penyampai radio HotFM Johan bangga dapat kerjasama dengan Khairy Jamaluddin
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: NSTP/Aswadi Alias
KUALA LUMPUR: Penyampai radio HotFM, Johan, 38 tahun, menyifatkan peluang mengendalikan segmen Bekpes Hot bersama bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin sebagai pengalaman berharga.
Johan, atau nama sebenar, Mohd Yazid Lim Mohamad Aziz sangat menghormati sikap merendah diri Khairy atau lebih mesra disapa KJ, lantas menjadikan kerjasama mereka sangat bersahaja.
"Ini adalah suatu pengalaman yang tidak boleh digambarkan sebab ini kali pertama KJ jadi penyampai radio. Sebelum ini, saya temu ramah beliau sebagai tetamu, jadi, saya anggap ini suatu pengalaman berharga dalam sejarah hidup saya.
"Disebabkan sikap bersahaja KJ yang tidak meletakkan dirinya sebagai seseorang yang penting, beliau boleh bersembang secara santai dengan orang lain.
"Malah, KJ tidak meletakkan protokol sebab kalau mahu diikutkan, ramai yang berada dalam konti. Namun, beliau tetap mudah bekerjasama dan serasi dengan keadaan," katanya kepada BH Online.
Johan memberi contoh ketika segmen 'Seyes Ah Fara', mereka meminta KJ menyebutnya sebagai 'Seyes Ah KJ'.
"Saya fikir apabila KJ masuk konti, beliau meletakkan dirinya, saya dan AG sebagai keluarga. Kita semua setaraf iaitu individu yang cuba menghiburkan pendengar," katanya, lapor BH Online.
Johan berbangga menjadi antara penyampai HotFM yang diberi peluang bekerja dengan KJ.
"Walaupun ia tidak tercatat dalam sejarah negara, namun, semuanya terpahat dalam sejarah hidup saya. Saya dapat bekerjasama bersama bekas menteri di konti radio, jadi, pastinya ini suatu perkara membanggakan.
"Ketika 'on air', kami banyak berkongsi cerita latar belakang dirinya atau bagaimana beliau jadi menteri sebab kami percaya mesti ramai hendak tahu perkara sama. Sebab bukan hanya wanita di luar sana, malah, saya mengagumi beliau," katanya, seperti yang dipetik oleh BH Online.
Johan mengakui cukup meminati keperibadian dan ketokohan KJ.
"Saya adalah peminat KJ daripada segi kerjaya. Bagi saya, beliau adalah individu berkarisma. Jadi, ini adalah pengalaman yang baik dengan beliau. Apatah lagi ketika 'off air', kami banyak berkongsi cerita," katanya.
Johan berharap kerjasama dengan KJ di konti HotFM dapat diteruskan.
"Sudah tentu saya harap kerjasama dengan KJ berlanjutan sampai beliau dapat kerja. Kalau berpanjangan, kami sangat seronok," katanya.
Semalam, KJ mengendalikan segmen Bekpes Hot bersama Johan dan AG tanpa Fara Fauzana yang sedang bercuti.
Khamis (9 Feb) lalu, Media Prima Audio (MPA) mengesahkan KJ akan bertugas sebagai penyampai di stesen radio Hot FM, mulai semalam.
Perkara itu turut disahkan KJ dalam temuramah melalui telefon pada segmen Bekpes Hot yang dikendalikan Johan, AG dan AC Mizal.

Sumber : Agensi berita/HY/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.