Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Penjualan tiket Festival Filem Antarabangsa SG naik 10% berbanding 2023

Anggaran Waktu Membaca:
Penjualan tiket Festival Filem Antarabangsa SG naik 10% berbanding 2023

(Gambar: Singapore International Film Festival)

Diterbitkan : 09 Dec 2024 06:57PM Dikemas Kini : 09 Dec 2024 07:30PM
SINGAPURA: Festival Filem Antarabangsa Singapura ke-35 (SGIFF), yang berlangsung dari 28 November hingga 8 disember, memaparkan 105 filem dari 45 negara, dengan sekitar 80 peratus barisan karya itu mewakili Asia.

Satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh SGIFF menyatakan festival tahun ini mencatat rekod tertinggi pendapatan tayangan perdana, dengan penjualan tiket naik 10 peratus berbanding edisi pada 2023.

Acara penutup tirai, pada malam terakhir festival, mencapai kemuncaknya dengan penyampaian Anugerah Layar Perak (Silver Screen Awards), iaitu pertandingan antarabangsa pertama dengan satu kategori yang didedikasikan kepada pawagam Asia.

Sebanyak 14 anugerah diberikan, termasuk tiga Sebutan Khas, diberikan kepada filem dan bakat dari Singapura, rantau ini dan menjangkauinya.

Pengarah Program SGIFF Thong Kay Wee berkata: Anugerah Layar Perak ini...bukan hanya mengiktiraf kecemerlangan, tetapi satu lagi langkah ke hadapan untuk mengembangkan jangkauan global pawagam Asia, mengiktirag filem-filem yang bukan sekadar luar biasa dari segi seninya, tetapi juga relevan dalam budaya."

Empat anugerah tersebut diberikan kepada filem dalam pertandingan Filem Cetera Asia dan Film Pendek Asia Tenggara.

Mongrel, yang diarahkan oleh rakyat Singapura Chiang Wei Liang dan Yin You Qiao, memenangi Filem Cetera Asia Terbaik kerana memaparkan para pekerja hijrahan di Taiwan yang tiada hak.

Anugerah Pilihan Penonton, dalam format baharu tahun ini, dimenangi oleh drama dokufiksyen COVID-19 Lou Ye, iaitu An Unfinished Film.

Anugerah Filem Pendek Asia Tenggara pula dimenangi oleh pengarah Thailand Thaweechok Phasom bagi filem Spirits Of The Black Leaves. Cerita ini meneroka hubungan antara individu, alam semula jadi dan sejarah.

Pembikin filem animasi rakyat Singapura Calleen Koh memenangi anugerah Filem Pendek Terbaik Singapura bagi My Wonderful Life, yang memaparkan seorang ibu yang kelelahan meneroka semula erti kebebasan.

Tayangan ulangan bagi semua empat filem yang memenangi anugerah ini akan disiarkan pada 14 Disember, dengan tiket dijual menerusi SISTIC.
Sumber : CNA/NK/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan