Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Penglipurlara Awang Batil dari Perlis bakal buat persembahan di SG sempena Pesta Raya

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Tokoh terakhir Awang Batil atau tradisi penglipurlara muzik Perlis di Malaysia, Romli Mahamud, akan membuat persembahan di acara Pesta Raya di Esplanade - Theatres on The Bay di Singapura selama tiga malam mulai 19 Mei.

Menurut PUSAKA, sebuah pertubuhan kebudayaan Malaysia yang ditubuhkan untuk menjalankan penyelidikan dan menubuhkan arkib komprehensif bentuk seni tradisional, penglipurlara yang lebih dikenali sebagai Pak Romli akan mempersembah tiga cerita.

Tiga cerita dalam dialek Melayu Utara itu ialah Awang Akar Larak, Awang Nakal dan Awang Parang Besar, dengan satu cerita setiap malam.

Sinopsis cerita dalam bahasa Inggeris akan disediakan menerusi kod QR untuk khalayak yang ingin membacanya.

Ia merupakan teater tradisional solo dengan Awang Batil akan bercerita sambil memukul batil, mangkuk loyang atau belanga, balang yang biasa digunakan untuk menyimpan air. Pencerita juga memain alat muzik lain seperti biola, serunai (seruling), rebana dan gendang terinai.

Semasa bercerita Awang Batil akan menggunakan dua topeng - topeng Hulubalang (pahlawan) dan topeng Wak Nujum (tukang ramal diraja), apabila watak masing-masing muncul dalam cerita.

Cerita popular oleh Awang Batil termasuk Raja Dewa Lok, Raja Bersiung, Raja Berdarah Putih, Anak Lang Pak Belang, Jabat Jabit, Abu Nawas, Cerita Angan-Angan and Awang Ada Duit Semua Jadi.

Persembahan Awang Batil secara tradisinya berlangsung pada majlis perkahwinan dan kenduri pada sebelah malam dan sering diteruskan sehingga subuh, dengan beberapa persembahan berlangsung selama dua hingga lima hari.

Kisah yang lebih panjang ini biasanya diceritakan apabila seseorang menjemput Awang Batil secara peribadi ke rumahnya, kebiasannyaya selepas musim menuai padi.

Menurut PUSAKA, Pak Romli berasal daripada salasilah pencerita Awang Batil yang telah mewariskan legasi dan cerita mereka.

Allahyarham bapanya, Mahamud Awang (bin) Wahid merupakan pencerita terkenal dari Kampung Pokok Sena di Chuping, Perlis. Hampir kesemua alatan yang digunakan semasa persembahan itu dibuat dan digunakan oleh Pak Romli dan nenek moyangnya.

Layari https://www.esplanade.com/en/whats-on/festivals-and-series/festivals/2023/pesta-raya/program mes/awang-batil-of-perlis untuk maklumat lanjut.

Pesta Kesenian Melayu Pesta Raya Singapura menghormati kepelbagaian dan kekayaan masyarakat Melayu dengan mempamerkan teater, tarian dan muzik terbaik dari Nusantara (Kepulauan Melayu).

Ia adalah perayaan ikon dan khazanah masyarakat, menonjolkan warisan budaya yang meriah di rantau ini.
Sumber : Bernama/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan