Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Penggubah lagu Indonesia Oddie Agam kini tenat di ICU

Penggubah lagu tersohor dari Indonesia, Oddie Agam dilaporkan sedang dirawat di Unit Jagaan Rapi (ICU) dalam keadaan kritikal di sebuah hospital di negara itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Penggubah lagu Indonesia Oddie Agam kini tenat di ICU

(Gambar: Instagram)

Diterbitkan : 08 Oct 2021 09:39AM Dikemas Kini : 08 Oct 2021 09:40AM

JAKARTA: Penggubah lagu tersohor dari Indonesia, Oddie Agam dilaporkan sedang dirawat di Unit Jagaan Rapi (ICU) dalam keadaan kritikal di sebuah hospital di negara itu.

Oddie yang berusia 69 tahun, terkenal sebagai pencipta lagu berjudul Antara Anyer dan Jakarta nyanyian penyanyi terkenal Malaysia, Sheila Majid dan lagu Surat Cinta yang dinyanyikan oleh Vina Panduwinata dari Indonesia.

Khabar Oddie dirawat di ICU turut dikongsi oleh Sheila Majid melalui catatan di Instagram beliau.

Oddie dilaporkan pernah mengalami angin ahmar beberapa tahun lalu namun kembali pulih setelah menjalani rawatan.

Tokoh muzik yang disegani ramai itu dilaporkan dikejarkan ke hospital selepas mengalami sesak nafas.

Keadaannya juga bertambah kritikal ekoran batuk berpanjangan yang dialami di samping buah pinggangnya yang dilaporkan tidak lagi berfungsi dengan baik.

Walaupun beliau terkenal dengan kerja-kerja di sebalik tabir, beliau kekal sebagai seorang seniman yang dihormati dalam kalangan penggiat seni di Indonesia.

Malah, banyak lagu ciptaannya sering dirakam semula oleh para penyanyi generasi baru.

Sumber : Agensi berita/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan