Skip to main content

Hiburan

Penggiat teater Zizi Azah kongsi perspektif berguru tingkatkan kemahiran di New York

Walaupun sudah terkenal dalam dunia teater Singapura, anak Melayu ini mengambil keputusan meninggalkan zon selesa demi terus meningkatkan kemahiran. 

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Walaupun sudah terkenal dalam dunia teater Singapura, anak Melayu ini mengambil keputusan meninggalkan zon selesa demi terus meningkatkan kemahiran.

Itulah semangat pembelajaran sepanjang hayat yang dianuti Zizi Azah Abdul Majid sehingga membawanya ke Amerika Syarikat.

Beliau 'mendarat' di daerah teater di sekitar Times Square di ibu kota New York, yang memang sinonim dengan pementasan-pementasan "Broadway" atau teater bertaraf dunia.

Di tempat yang begitu dinamik itulah, Zizi Azah dan suaminya, Izmir Ickbal, bertapak untuk mendalami pengetahuannya tentang dunia serta seni teater.

Izmir mula mengikuti kursus Sarjana Seni Halus dalam Rekaan Hiasan di Sekolah Drama Universiti Yale pada 2013 di bawah biasiswa Majlis Kesenian Kebangsaan (NAC).

Related article image

Beliau kini bekerja secara bebas dan kepakarannya tidak terhad kepada kepada pementasan teater sahaja.

"Kalau ada kekurangan projek saya boleh buat kerja lain sikit. Bukan selalu buat teater, saya boleh kerja filem untuk TV," ujar Izmir.

Seperti suaminya, Zizi Azah - yang walaupun karya teaternya pernah dipentaskan di dalam dan luar negara - juga dahagakan ilmu baru setelah 13 tahun bergiat aktif sebagai penulis dan pengarah artistik teater Melayu dan Inggeris.

"Saya mahu belajar semula kerana saya curiga adakah mutu karya saya bagus. Tahap yang saya tulis adakah setanding dengan penulis-penulis yang terkenal di dunia. Saya rasa kadang-kadang mutu karya saya, skrip saya tu kadang-kadang kurang, saya malu kerana kenapa saya tak buat karya itu lebih bagus," kata Zizi Azah.

Beliau kini mengikuti Kursus Sarjana Seni Halus dalam bidang Penulisan Teater di Universiti Colombia, juga di bawah biasiswa NAC.

Suasana pembelajaran yang banyak menerapkan unsur-unsur pemikiran kritikal mencabar keupayaannya sebagai penulis.

Related article image

Impian Zizi adalah untuk menghasilkan karya yang dapat bertahan lama.

"Saya mahu menulis skrip yang lepas saya tidak ada lagi, orang masih cakap: inilah satu pementasan yang kita mahu pentaskan 50 tahun dari sekarang," beliau berkongsi wawasannya.

Meskipun akan pulang ke tanahair tahun depan selepas tamat pengajian, pasangan itu merancang untuk terus berkarya di Singapura dan New York. 

Sumber : BERITA Mediacorp/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita