Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Penggambaran telefilem Sekolah Sampah 'menginsafkan', kata Aliff Aziz

Penggambaran telefilem Sekolah Sampah pada Mac tahun ini jelas membuka mata penyanyi dan pelakon Aliff Aziz.

Anggaran Waktu Membaca:
Penggambaran telefilem Sekolah Sampah 'menginsafkan', kata Aliff Aziz

Aliff Aziz bakal muncul dalam telefilem Sekolah Sampah. (Gambar: Instagram/waffiy_zstar)

KUALA LUMPUR: Penggambaran telefilem Sekolah Sampah pada Mac tahun ini jelas membuka mata penyanyi dan pelakon Aliff Aziz.

Malah ia turut membuat beliau berasa "insaf dan bersyukur" dengan apa yang dimilikinya, terutama sekali selepas melihat insan-insan yang menjalani kehidupan serba kekurangan, lapor Harian Metro.

Ditemui di sidang media maya telefilem Sekolah Sampah baru-baru ini, Aliff, 31 tahun, mengingatkan orang ramai supaya "sentiasa bersyukur dengan segala rezeki dan nikmat yang kita perolehi tanpa mengeluh atau cuba membanding-bandingkannya."

"Terus-terang, saya rasa amat bersyukur dengan segala rezeki dan nikmat yang Allah berikan kini kerana ada ramai insan yang kehidupan mereka serba kekurangan dan amat memerlukan bantuan.

"Melihat ia di depan mata ketika menjayakan penggambaran telefilem Sekolah Sampah pada Mac lalu cukup menginsafkan. Ini kerana, jika kita fikir hidup susah, sebenarnya ada insan lain yang lagi susah daripada kita.

"Jangan sesekali tengok apa yang kita tak ada, tapi cuba bersyukur dengan apa yang kita ada," kata Aliff dalam laporan Harian Metro.

Aliff melakonkan watak Adam, seorang yang suka mengembara yang akhirnya berubah minat untuk berbakti kepada masyarakat di dalam pendidikan.

Dalam petikan laporan Harian Metro, Aliff juga terkesan dengan situasi kehidupan dan pendidikan yang dibangkitkan dalam telefilem Sekolah Sampah arahan Ebi Kornelis itu.

"Apa yang penting, peringatan buat saya dan kita semua ialah sentiasa tahu bersyukur. Marilah kita sama-sama tingkatkan rasa syukur dalam diri pada setiap masa," katanya.

Isteri Aliff, Bella Astillah, dan adik iparnya berusia tujuh tahun, Adil Astillah, turut membintangi telefilem itu.

Telefilem Sekolah Sampah mengangkat kisah masyarakat dan pendidikan di sebuah penempatan dikenali Kampung Sampah di Sandakan, Sabah.
Sumber : Agensi berita/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan