Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Penggambaran drama The Crown ditangguh susuli kemangkatan Ratu Elizabeth II

Anggaran Waktu Membaca:
Penggambaran drama The Crown ditangguh susuli kemangkatan Ratu Elizabeth II

Pelakon Imelda Staunton bakal memainkan watak Ratu Elizabeth bagi musim kelima. (Gambar: Netflix)

Diterbitkan : 11 Sep 2022 10:12PM Dikemas Kini : 11 Sep 2022 10:12PM
LONDON:Penggambaran musim keenam dan yang terakhir drama The Crown terbitan Netflix, ditangguhkan bagi menghormati kemangkatan Ratu Elizabeth II, lapor Reuters.

Siri yang menang anugerah Emmy itu mengisahkan liku kehidupan yang membawa kepada pertabalan Ratu Elizabeth II.

"The Crown adalah surat cinta kepadanya dan saya tidak ada apa-apa untuk tambah, hanya menutup mulut dan meluahkan rasa hormat. Saya jangka kami juga akan hentikan penggambaran sebagai tanda hormat," kata Peter Morgan, penulis The Crown kepada lelaman online Deadline.

Ini disahkan sumber di
Netflix. Menurut khidmat penstriman itu penerbitan drama tersebut akan ditangguhkan "sebagai tanda penghormatan" terhadap Ratu Elizabeth II, yang mangkat pada Khamis (8 Sep) pada usia 96 tahun, selepas 70 tahun bertakhta. Penggambaran juga akan dihentikan pada hari persemadian Ratu Elizabeth II, jelas Netflix.

Pelakon Claire Foy, yang menang dua anugerah Emmy dan satu Golden Globe, kerana berjaya menghidupkan watak Ratu Elizabeth yang naik takhta pada usia 25 tahun.

Pelakon Olivia Colman, memegang watak tersebut bagi musim ketiga dan keempat sementara pelakon Imelda Staunton bakal memainkan watak Ratu Elizabeth bagi musim kelima, yang bakal disiarkan di Netflix pada November tahun ini.

Musim yang akan datang, dijangka memberi tumpuan kepada insiden penting pada awal dan pertengahan 1990-an termasuk perceraian Putera Charles dan isterinya Puteri Diana.
Sumber : Reuters/SS/ss

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa