Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Pengarah SG Chiang Wei Liang diiktiraf Anugerah Pengarah Baharu Terbaik di Anugerah Golden Horse 2024

Anggaran Waktu Membaca:
Pengarah SG Chiang Wei Liang diiktiraf Anugerah Pengarah Baharu Terbaik di Anugerah Golden Horse 2024

Pengarah Yin You Qiao (kiri) dan Chiang Wei Liang menerima anugerah pengarah baharu terbaik di Anugerah Golden Horse ke-61 di Taipei, Taiwan pada Sabtu (23 Nov). (Gambar: Billy Dai/AP)

Diterbitkan : 24 Nov 2024 06:23PM Dikemas Kini : 24 Nov 2024 06:24PM
TAIPEI: Anugerah Golden House ke-61, yang berlangsung pada Sabtu (23 Nov), menyaksikan pengarah tanah air Chiang Wei Liang membawa pulang anugerah pengarah baharu terbaik bagi filem berjudul "Mongrel", di samping pengarah bersamanya, Yin You Qiao.

Majlis tersebut diadakan di Pusat Muzik Taipei di Taipei, Taiwan, yang menyaksikan dua filem hasil pengarah tempatan menerima 13 pencalonan.

Ini termasuk filem "Mongrel" arahan Chiang serta filem "Stranger Eyes" oleh Chris Yeo Siew Hua.

Filem "Mongrel" menyusuri kisah seorang pekerja haram rakyat Thailand, yang menjadi penjaga seorang wanita warga emas yang sedang sakit tenat dan anak lelakinya di kawasan pergunungan Taiwan.

Filem tersebut menerima pencalonan bagi tujuh anugerah: Pelakon utama terbaik, pengarah baharu terbaik, pelakon pembantu lelaki terbaik, pelakon pembantu wanita terbaik, sinematografi terbaik, arahan seni terbaik dan kesan bunyi terbaik.

Pada Mei lalu, Chiang menerima anugerah Sebutan Khas Camera d'Or di Pesta Filem Cannes ke-77. Anugerah tersebut mengiktiraf filem yang mempunyai kualiti yang cukup luar biasa sebagai filem sulung, sekalipun tidak memenangi hadiah utama.
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan