Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Pengarah Indonesia papar perjuangan Anwar Ibrahim dalam filem

Anggaran Waktu Membaca:
Pengarah Indonesia papar perjuangan Anwar Ibrahim dalam filem

Pelakon M'sia Farid Kamil dan pelakon Acha Septriasa dari Indonesia adalah antara barisan pelakon yang bakal menjayakan filem 'Anwar'. (Gambar: Instagram/faridkamilz)

Diterbitkan : 11 Nov 2022 12:16PM Dikemas Kini : 11 Nov 2022 12:16PM
KUALA LUMPUR: Pengarah Indonesia memaparkan perjuangan Anwar dalam sebuah filem, yang mana Farid Kamil tampil sebagai watak utama.

Tindakan Farid Kamil sering berkongsi kisah perjuangan Anwar Ibrahim di media sosial terjawab apabila dia dipilih melakonkan watak tokoh politiknya itu, menurut Malaysiakini.

Malah, itu juga menjelaskan pelibatannya dalam dunia seni Indonesia dan berlakon bersama bintang handalan negara seberang Acha Septriasa, yang didedahkannya kira-kira sebulan lalu.

Produksi Bianglala Entertainment dari Indonesia pada Selasa (8 Nov) mengesahkan kepada Malaysiakini bahawa Farid terlibat dalam filem berjudul 'Anwar'–yang mengisahkan perjuangan Anwar di tahun-tahun terakhir sebelum dipecat daripada kerajaan.

“Perjuangan Anwar Ibrahim melawan rasuah diabadikan dalam sebuah filem layar lebar,” kata produser eksekutif filem itu Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee Anwar Haque, menurut Malaysiakini.

Dalam filem itu, Farid akan melakonkan watak Anwar.

Sementara Acha, yang terkenal dengan filem Heart, melakonkan isterinya Wan Azizah Ismail.

Untuk Mahathir Mohamad pula–musuh sepanjang zaman Anwar–peranan itu digalas oleh Hasnul Rahmat.

Sementara itu, Encik Zunar berkata filem itu sudah diusahakan sejak Ogos 2021 dan kini di peringkat akhir penggambaran dan dijangka menemui penonton awal tahun depan.

Encik Zunar mendedahkan, ia merakamkan perjuangan Anwar dari tahun 1993 sehingga September 1998–era bermulanya gerakan reformasi terhadap pentadbiran perdana menteri Dr Mahathir Mohamad, lapor Malaysia kini.

Anwar diarahkan oleh Viva Westi, sutradara terbaik dalam Festival Filem Indonesia pada 2008. Turut terlibat dalam filem itu ialah Piet Pagau dan Dewi Irawan.
Sumber : Agensi berita/SS/ss

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa