Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Pengantin perempuan di Indonesia dapat tiket konsert Coldplay sebagai mas kahwin

Anggaran Waktu Membaca:
Pengantin perempuan di Indonesia dapat tiket konsert Coldplay sebagai mas kahwin

Gambar: Twitter/Orangdalamkamu

INDONESIA: Pasangan Indonesia ini tular di media sosial kerana mempunyai mas kahwin unik: Tiket untuk menonton konsert Coldplay, yang sekarang ini ibarat pisang goreng panas!

Di Twitter, adik kepada pengantin lelaki memuat naik video pada Ahad (21 Mei) menunjukkan upacara nikah dengan kapsyen "Abang kahwin dengan tiket Coldplay sebagai mas kahwin".

Keluarga pengantin lelaki memberikan mas kahwin emas, satu set pakaian solat dan mungkin barangan yang paling berharga - iaitu tiket konsert Coldplay.

Sekalipun demikian, tidak diketahui berapa banyak tiket yang dihadiahkan dan nilai setiap satu.

Konsert pertama Coldplay di Jakarta dijadualkan pada 15 November di Stadium Utama Gelora Bung Karno, dengan tiket antara Rp 800,000 (S$72) hingga Rp 11 juta (S$995).

Dalam video itu, pengantin lelaki dan bapa pengantin perempuan berjabat tangan sedang bapa pengantin perempuan mengisytiharkan: "Saya menikahkan kamu dengan anak saya Anastasya Ayu Widiadana, dengan mas kahwin 21 gram emas, satu set pakaian solat dan tiket konsert Coldplay."

Dalam perkahwinan Islam, mas kahwin biasanya diberikan oleh pengantin lelaki kepada pengantin perempuan. Mas kahwin biasanya terdiri daripada wang atau harta benda seperti barang kemas, yang biasanya akan dibincangkan oleh pasangan dan dipersetujui.

Semasa majlis perkahwinan, mas kahwin dibacakan sebagai sebahagian daripada akad nikah apabila persetujuan untuk perkahwinan daripada bapa pengantin perempuan diberikan.

Video itu, kemudian dimuat naik ke akaun peminat Coldplay "idwantscoldplay" di Instagram, di mana ia tular, dengan lebih 172,000 tontonan dalam masa dua hari.

Warganet memuji lelaki itu kerana dapat membeli tiket yang susah diperoleh sebagai mas kahwin.

Konsert pertama Coldplay di Jakarta sangat dinanti-nantikan di rantau ini, yang membawa kepada permintaan tiket yang sengit dan seterusnya penjualan semula tiket.

TEM Presents, salah satu penganjur konsert itu di Instagram, berkata tiket jualan awal yang tersedia secara eksklusif untuk pemegang kad Bank Central Asia Indonesia dilaporkan habis dijual dalam masa 30 minit, diikuti dengan penjualan tiket am yang dijual sepenuhnya juga.
Sumber : Today/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan