Pengacara 'The Price Is Right' Bob Barker meninggal dunia
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: AFP/Alberto E. Rodriguez)
AMERIKA SYARIKAT: Legenda televisyen Amerika Syarikat yang juga hos rancangan 'The Price Is Right', Bob Barker dilaporkan meninggal dunia pada Sabtu (26 Ogos).
Personaliti yang sangat dikenali sebagai seorang yang lucu serta gemar memperjuangkan kebajikan dan kesejahteraan haiwan itu menghembuskan nafas terakhir pada usia 99 tahun, lapor Astro Awani.
Kurang empat bulan lagi, mendiang Barker akan menyambut ulang tahun kelahiran ke-100.
Barker, yang memiliki keturunan Asli Amerika lahir dengan nama Robert William Barker di Mission, South Dakota, iaitu sebuah kota dengan jumlah penduduk hanya 200 orang pada 12 Disember 1923.
Berita duka pemergian personaliti yang terlibat dalam dunia pengacaraan televisyen selama 35 tahun itu disahkan wakil mendiang, Roger Neal.
Bagaimanapun, Neal tidak memaklumkan sebab kematian Barker.
Barker mengendalikan rancangan permainan 'The Price Is Right' selama lebih tiga dekad dan sepanjang kerjayanya, beliau pernah meraih penghargaan Anugerah Emmy 19 kali selain anugerah sepanjang hayat.

Sumber : Agensi berita/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.