Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Pendakwa raya Sepanyol mohon Shakira dipenjara lebih 8 tahun kerana tipu cukai

Penyanyi popular Shakira dituduh menipu pejabat cukai Sepanyol untuk pendapatan bernilai €14.5 juta yang diperoleh antara 2012 dengan 2014.

Anggaran Waktu Membaca:
ANKARA: Pendakwa raya Sepanyol pada Sabtu (30 Jul) akan memohon mahkamah mengenakan hukuman penjara lebih lapan tahun terhadap artis sensasi Shakira atas kesalahan penipuan cukai, lapor Agensi Anadolu. 

Permohonan itu dikemukakan selepas Shakira pada Rabu menolak perjanjian rayuan kerana yakin  tidak bersalah.

Shakira dituduh menipu pejabat cukai Sepanyol untuk pendapatan bernilai  €14.5 juta (S$20.45 juta) yang diperoleh antara 2012 dengan 2014.

Pendakwa raya juga akan memohon mahkamah mengenakan denda hampir €24 juta (S$33.86 juta) daripada penyanyi yang popular dengan lagu "Waka Waka (This Time for Africa)”.
Sumber : Bernama/SU/im

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan