Pencipta kandungan OGS menang 3 anugerah The Pinwheels 2024
Anggaran Waktu Membaca:

Kumpulan OGS di acara The Pinwheels 2024. (Gambar: Mediacorp)
SINGAPURA: Syarikat media tempatan OGS, singkatan bagi 'Our Grandfather Story' menang besar di acara The Pinwheels 2024 dengan menyapu bersih tiga kategori, sekali gus membawa pulang geran penerbitan berjumlah S$15,000.
Kategori yang dimenangi OGS termasuk Anugerah Kandungan Terbaik bagi video My Final Farewell Before I Die; Video Bukan Fiksyen Terbaik (Tanpa Skrip) berjudul A Foodie’s Final Fight with Pancreatic Cancer oleh OGS; serta anugerah tertinggi, Pencipta Kandungan Terbaik tahun Ini.
Sebanyak 564 penyertaan diterima daripada pencipta kandungan digital untuk merebut anugerah dalam 10 kategori.
"The Pinwheels terus mengemukan daya kreativiti yang kaya terdapat di sini dan memberikan bakat tempatan kami pengiktirafan yang sepatutnya," kata Ketua Pegawai Bakat Mediacorp, Doreen Neo.
Edisi ketiga anugerah The Pinwheels, diadakan di Harbourfront Center pada Jumaat (25 Okt), anjuran Bloomr.SG, rangkaian pencipta kandungan Mediacorp, dan disokong YouTube.
Selain mengumumkan pemenang, acara itu turut menampilkan persembahan muzik orkestra elektronik From Outer Grey oleh KoFlow serta persembahan kumpulan tarian Singapura D'Kingsman, penyanyi dan penulis lagu tempatan Shye, artis TikTok Josh Makazo, penyanyi WHYLucas dan kumpulan samba Qara Rosa Batucada.
Berikut adalah senarai lengkap pemenang:
Video Kolaborasi Terbaik: What To Do And Eat In Kuching, Malaysia!: 4D3N Travel Guide oleh Overkill Pte Ltd
Video Drama (Skrip) Terbaik: Kidnap Fails oleh Wah!Banana’
Video Gaya Hidup Terbaik: The Importance of Documenting my (boring) Life oleh SeeMin Ng
Video Pendatang Baru Terbaik: Desi Paktor – Singapore’s First Brown Dating Web Series oleh Tanglish Studios
Video Bukan Fiksyen (Tanpa Skrip) Terbaik: A Foodie’s Final Fight with Pancreatic Cancer oleh OGS
Video Paling Artistik: B-Greater – SKM feat Wheelsmith, KEYANA oleh KindnessSG
Video Paling Inovatif: Singapore’s Energy Story oleh Just Keep Thinking
Video Sosial Baik: This S’porean invites strangers to join her for dances & meals, but why? oleh Mothership
Kandungan Terbaik Tahun Ini: My Final Farewell Before I Die oleh OGS
Pencipta Kandungan Terbaik: OGS
Anda boleh menonton acara anugerah The Pinwheels 2024 di mewatch dan saluran YouTube Mediacorp Entertainment pada jam 8.00 malam, 8 Nov.

Sumber : CNA/SU/su
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.