Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Penampilan baru Sherry Alhadad hampir 'mengelirukan' peminat

Anggaran Waktu Membaca:
Penampilan baru Sherry Alhadad hampir 'mengelirukan' peminat

Gambar: Instagram/@sherry_alhadad

KUALA LUMPUR: Sebut sahaja nama pelakon dan pengacara, Sherry Alhadad, pasti ramai terbayang akan kepetahan bicara dan keletah yang mencuit hati sehingga membuatkan para penonton tidak kering gusi.

Meskipun berbadan berisi, namun ia bukanlah penghalang bagi selebriti berusia 38 tahun itu dikenali ramai kerana personaliti yang dimilikinya amat menarik, seperti dinukil ohmymedia.

Meskipun begitu, penampilan Sherry sejak kebelakangan ini menarik perhatian orang ramai kerana usaha yang dilakukan oleh pelakon tersebut untuk menurunkan berat badan membuatkan mereka kagum.
Baru-baru ini, hantaran yang dikongsikan oleh pemilik nama Shariffah Mariam Syed Abdullah Al Hadad di media sosialnya menjadi bualan ramai kerana melihat perubahan diri pelakon tersebut yang semakin cantik, lapor ohmymedia.

Menerusi video yang dimuat naik itu, Sherry sedang memegang sebuah botol minuman dan kecantikan bagi sebuah produk untuk tujuan pengiklanan.

Menariknya, ramai warganet hampir tersalah sangka wanita di dalam video tersebut adalah pelakon cantik, Janna Nick dan bukannya Sherry Alhadad.

Seterusnya, perkongsian tersebut sudah menerima pelbagai reaksi dalam kalangan pengikut di laman Instagram dan rata-rata mereka memuji penampilan baru pelakon tersebut, lapor ohmymedia.

Tahniah diucapkan kepada Sherry Alhadad atas usaha untuk menguruskan badan selama ini yang hampir menjadi kenyataan dan didoakan agar sentiasa sihat selalu.
Sumber : Sumber Web/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan