Skip to main content

Hiburan

Pempengaruh Indonesia mohon maaf dakwa Upin & Ipin dari Indonesia

Anggaran Waktu Membaca:
Pempengaruh Indonesia mohon maaf dakwa Upin & Ipin dari Indonesia

Petikan gambar dari video YouTube.

Diterbitkan : 22 May 2026 09:07PM Dikemas Kini : 22 May 2026 09:09PM
SHAH ALAM: Pempengaruh YouTube Indonesia, Frans Sanjaya bersama seorang pekerja muzium dikenali sebagai Sadan tampil memohon maaf menyusuli kenyataan mereka berhubung siri animasi popular, Upin & Ipin.

Permohonan maaf itu dikongsikan menerusi satu video yang dimuat naik di YouTube, dengan Frans dan Sadan mengakui kekhilafan mereka selepas mendakwa hak cipta asal karakter Upin & Ipin yang kononnya dikenali sebagai Ariffin dibeli oleh sebuah syarikat produksi Malaysia pada tahun 2008, lapor Sinar Harian.

“Kami ingin memohon maaf sebesar-besarnya kepada rakyat Malaysia dan Indonesia atas salah faham serta kekeliruan yang telah kami timbulkan.

“Kami mengambil maklum segala komen yang diberikan dan mengakui kekhilafan kami. Kami sama sekali tidak berniat untuk membuat tuntutan atau merendahkan mana-mana pihak.

“Kami berharap kesalahan kami dapat dimaafkan dan marilah kita berdamai. Indonesia dan Malaysia merupakan negara serumpun dan berjiran,” kata mereka mengenai siri animasi terbitan Les’ Copaque itu, seperti dipetik Sinar Harian.

Sebelum ini, tular sebuah video memaparkan Frans ketika berkunjung ke Muzium Wayang di Indonesia bersama Sadan sebelum mendakwa Upin & Ipin berasal dari Indonesia.

Perkongsian itu kemudian mendapat maklum balas daripada Les’ Copaque yang menegaskan bahawa siri animasi berkenaan merupakan karya asli milik syarikat tersebut sepenuhnya, menurut Sinar Harian.

Upin & Ipin mula diterbitkan pada tahun 2007 dan sehingga kini terus mencipta fenomena di seluruh Asia Tenggara termasuk Malaysia dan Indonesia.
Sumber : Agensi berita/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita