Peminat terpa Ariana Grande semasa tayangan perdana filem 'Wicked: For Good' di SG
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Tayangan perdana filem 'Wicked: For Good' di Singapura pada Khamis malam (13 Nov) terganggu seketika apabila seorang peminat melompat melepasi hadangan acara itu dan menerpa bintang pop dan pelakon Amerika Syarikat, Ariana Grande.
Insiden itu berlaku semasa acara permaidani kuning di Universal Studios Singapore (USS).
Video yang tular di media sosial menunjukkan lelaki itu meletakkan tangannya di bahu Grande sambil melompat-lompat.
Lelaki itu kemudiannya ditangani dan dibawa keluar oleh pengawal keselamatan.
Mediacorp difahamkan dia harus keluar dari Sentosa.
Rakan pelakon yang hadir, termasuk Cynthia Erivo, Jeff Goldblum dan Michelle Yeoh, serta pengarah Jon M Chu, kelihatan terkejut - sebelum Erivo dilihat segera campur tangan untuk membantu.
Individu yang menerpa bintang-bintang itu dikenal pasti sebagai pencipta kandungan yang menggunakan nama Pyjama Man.
Lelaki itu, yang dilaporkan berasal dari Australia, pernah merakam beberapa video sebelum ini yang menunjukkan dia menerpa artis lain seperti Katy Perry dan The Weeknd.
Aksinya setakat ini pernah berlaku di banyak negara di seluruh dunia termasuk India pada 2023, di mana dia menceroboh padang Stadium Narendra Modi di Ahmedabad semasa perlawanan akhir Piala Dunia Kriket Lelaki ICC antara India dan Australia.
Pyjama Man sejak itu memuat naik video insiden itu di akaunnya yang menunjukkan Cynthia Erivo menepisnya selepas dia menerpa Grande.
Dia kemudian memuat naik video acara itu di media sosial, dan menulis: "Kepada Ariana Grande terima kasih kerana membenarkan saya melompat di permaidani kuning bersama anda."
Wen juga memuat naik 'Story' di Instagram selepas tayangan perdana itu, di mana dia dilihat sedang bergambar di VivoCity dan tertera kapsyen, "Saya bebas selepas diberkas."
Peminat mengecam Pyjama Man disebabkan insiden tersebut, sambil menyifatkannya sebagai "tidak boleh diterima sama sekali".
"Bayangkan betapa menakutkan apabila seorang lelaki yang anda tidak kenali datang berlari dengan begitu laju ke arah anda dan anda tidak tahu apa niat mereka," tulis seorang pengguna di TikTok.
Sebelum berjalan di permaidani kuning, turut diadakan sesi bertemu peminat di Weave di Resorts World Sentosa (RWS), yang dihadiri oleh para pelakon dan pengarah.
Pada malam sebelumnya, Grande dan rakan pelakon Erivo melawat USS, dan memuat naik 'Stories' tentang lawatan mereka di Instagram.

Sumber : CNA/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.