Skip to main content

Hiburan

Peminat Taylor Swift 'serbu' kedai kebab kegemarannya jelang konsert Eras di London

Anggaran Waktu Membaca:
LONDON: 'Demam' Taylor Swift kini melanda London, persinggahan seterusnya konsert jelajah dunia 'Eras' bintang pop itu.

Bagi menyemarakkan lagi suasana, ibu kota England itu turut melancarkan "Jejak Taylor" bagi meraikan tempat-tempat yang menjadi rujukan dalam karyanya.

Contohnya, kedai kebab yang ditampilkan dalam video muzik lagunya, End Game.

Menjelang konsert Taylor Swift pada hujung minggu ini, para peminatnya atau 'Swifties' mengambil kesempatan untuk membanjiri kedai kebab kegemaran idola mereka.

Kentish Delight menjadi terkenal selepas ditampilkan dalam video muzik Swift bagi lagunya End Game pada 2018, yang dibintangi penyanyi Ed Sheeran.

"Saya dapat tahu bahawa Taylor pernah datang ke sini, jadi saya ingin cuba juga," kata seorang 'Swifties' dari Dubai.

Seorang lagi peminat dari Amerika Syarikat pula berkata: "Kami sedang meneroka tempat-tempat kegemaran Taylor. Kami berada di sini di kedai (kebab) ayam kegemarannya dan kami akan jelajah Pasar Camden pula selepas ini.

Kedai kebab tersebut ternyata sangat istimewa bagi Taylor Swift.

Pemiliknya, Ahmed Khan, memberitahu Reuters bahawa
Taylor kerap datang ke sini semasa menjalin hubungan dengan pelakon Britain, Joe Alwyn.

Encik Ahmed Khan, pemilik Kentish Delight malah, berkongsi kebab kegemaran Taylor Swift adalah Doner Ayam dan Shish Ayam.

Encik Khan mengesahkan penyanyi itu sudahpun membuat lebih daripada satu tempahan bagi kebab kegemarannya menjelang konsert 'Eras', dengan setiap satu berharga lebih £100 (S$171).
Sumber : AGENCIES/AI/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita