Peminat Taylor Swift alami masalah beli tiket awal UOB bagi konsert di SG
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: AFP/Angela Weiss)
SINGAPURA: Hari ini (5 Jul) adalah hari penjualan awal UOB bagi tiket konsert Taylor Swift yang akan datang.
Jika penjualan tiket konsert sebelum ini boleh dijadikan petunjuk, ia adalah satu proses yang benar-benar menduga kesabaran.
Masalah yang sama dilaporkan ketika penjualan tiket Talor Swift di Australia termasuk tempoh menunggu yang lama dan masalah sistem ketika ingin membuat pembayaran.
Permulaan pembelian tiket yang digelar "Peperangan Besar" akan menyebabkan peminat Taylor Swift, atau 'Swifties' di rantau ini (sebahagian daripada mereka adalah anggota baru kad UOB) mengorbankan waktu makan tengahari dan meredah laman Ticketmaster, dengan harapan mendapatkan tiket bagi persembahan Taylor Swift pada Mac.
#SingaporeTSTheErasTour”, “Ticketmaster” dan “taylor swift” kini 'trending' di Twitter Singapura sedang bakal pemilik tiket mula menunggu giliran untuk membelinya.
Ramai yang berkongsi bahawa mereka menerima mesej "ralat: kadar berlebihan" ketika cuba untuk log masuk ke laman Ticketmaster satu jam sebelum waktu penjualan awal dimulakan tengahari tadi.
Menurut Ketua Perkhidmatan Kewangan Peribadi Kumpulan UOB, Jacquelyn Tan, bank itu "mengalami lonjakan ketara dalam jumlah permohonan bagi kad bukan sahaja di Singapura, malah di seluruh pasaran di ASEAN".
Beliau menambah: "Purata pendaftaran harian bagi kad kredit UOB di Singapura, Thailand, Malaysia, Indonesia dan Vietnam pada minggu antara 21 hingga 27 Jun naik 45 peratus dibandingkan minggu-minggu sebelumnya pada bulan itu, dengan pendaftaran kad kredit di Singapura dan Vietnam juga naik hampir 130 peratus."
Jadi, jika anda rasa anda sedang bersaing dengan seluruh dunia dalam misi mendapatkan tiket konsert Taylor Swift, itulah yang sememangnya sedang berlaku.
Jika anda tidak berjaya mendapatkan tiket semasa penjualan awal UOB, jangan berputus asa.
Penjualan umum akan bermula dari pukul 12.00 tengahari Jumaat ini (7 Jul) bagi sebahagian peminat yang sudah mendaftar. Para peminat tersebut akan menerima kiriman emel pada 5 Julai dengan maklumat tentang bagaimana untuk mengakses penjualan tiket umum, serta kod akses unik yang membolehkan mereka membeli sehingga empat tiket.
Memang benar lapan juta orang dilaporkan mendaftar ketika tempoh pendaftaran peminat, namun siapa yang tahu? Anda mungkin di antara individu yang bertuah untuk mendapat kod akses tersebut.
Jika semua cara untuk mendapatkan tiket itu gagal, anda boleh berharap bahawa penganjur akan menawarkan lebih banyak tiket berhampiran tarikh konsert Taylor Swift.
Lagipun, Live Nation menjual tiket tambahan pada 26 Jun bagi ruang berdiri bagi konsert kumpulan Kpop, Twice, pada September. Coldplay kini mempunyai senarai menunggu bagi tiket untuk persembahan mereka yang sudah habis dijual.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.