Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Peminat Taylor Swift alami kelengahan di cawangan SingPost, isu bayaran di Ticketmaster

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Bagi peminat Taylor Swift, hari terakhir "Perang Besar" berlangsung pada Jumaat (7 Jul).

Tidak seperti jualan awal UOB pada Rabu (5 Jul), peperangan besar tersebut disertai para peminat yang digelar Swifties di dua lokasi utama: Di luar cawangan SingPost seluruh Singapura dan melalui jualan online di Ticketmaster.

Beberapa jam sebelum bermulanya pertempuran, Swifties menerima "senjata" dalam bentuk tambahan tiket dan pakej hotel oleh Klook, yang meningkatkan peluang mereka untuk mendapatkan tiket.
Sedang sebahagian daripada mereka memilih untuk membeli secara online, terdapat sejumlah Swifties yang beratur di luar beberapa cawangan SingPost seawal pukul 12.00 tengah malam pada Khamis (6 Jul), berbekalkan makanan, kerusi lipat dan semangat yang kental.

Meskipun SingPost mengeluarkan kenyataan bahawa mereka yang beratur selepas individu ke-30 dalam barisan mempunyai peluang yang tipis untuk mendapatkan tiket, para peminat tidak menghiraukannya dan terus beratur sepanjang malam.
Sekalipun demikian pada awal pagi Jumaat, laporan tentang para peminat yang berpusu-pusu muncul di satu kumpulan sembang Taylor Swift di Telegram, menunjukkan sekumpulan peminat yang menyerbu tangga bergerak di Nortpoint City untuk beratur mendapatkan tiket mereka.

Beberapa minit selepas penjualan umum bermula, sejumlah peminat berkata bahawa sistem SingPost di setiap cawangan tergantung.

Peminat di cawangan SingPost Pasir Ris dan Serangoon melaporkan kelengahan, yang menyebabkan mereka berasa bimbang mengenai kemungkinan tidak boleh mendapatkan tiket.
Sumber : Today/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan