Skip to main content

Hiburan

Peminat prihatin keadaan Jet Li selepas kongsi gambar masuk hospital

Pelakon Jet Li baru-baru ini mencetuskan kebimbangan dalam kalangan peminatnya selepas memuat naik beberapa siri foto dan video di laman Douyin, menunjukkan dirinya dimasukkan ke hospital.

Anggaran Waktu Membaca:
Peminat prihatin keadaan Jet Li selepas kongsi gambar masuk hospital

Pelakon Jet Li baru-baru ini memuat naik beberapa video yang menunjukkan dirinya di hospital. (Gambar: Douyin, Weibo/Jet Li)

TAIPEI: Pelakon Jet Li baru-baru ini mencetuskan kebimbangan dalam kalangan peminatnya selepas memuat naik beberapa siri foto dan video di laman Douyin, menunjukkan dirinya dimasukkan ke hospital.

Pada Ahad (17 Ogos), pelakon berusia 62 tahun itu memuat naik gambar dirinya sedang berehat di atas katil hospital, dengan kapsyen video itu menyatakan: "Saya baru-baru ini menghadapi cabaran yang tidak dijangkakan."

Dalam video-video lain, Li menunjukkan dirinya dibawa masuk ke bilik bedah di mana beliau sempat berseloroh tentang memakai "topi merah kecil yang membuatnya kelihatan bergaya". Kemudian dalam video itu, selepas menjalani prosedur perubatan, Li dilihat mengadakan pertemuan dengan pasukannya sambil duduk di atas katil hospital. Li juga menambah bahawa beliau kini "berasa lebih bertenaga".

Di laman Weibonya, Li berkata bahawa para peminat "tidak perlu terlalu risau" tentang keadaannya.

"Terdapat sedikit masalah 'perkakasan', jadi ia dihantar semula ke kilang untuk dibaiki. Terima kasih kepada semua atas keprihatinan anda. Tidak perlu terlalu risau tentang saya. Hanya perlu berehat sebentar," tulis bintang seni mempertahankan diri kelahiran China itu, yang kini seorang warga Singapura.

Dalam catatan Weibo berikutnya pada Isnin (18 Ogos), Li memuat naik gambar dirinya sedang makan mi dan mengucapkan terima kasih kepada peminat atas ucapan selamat mereka.

"Terima kasih atas keprihatinan dan doa anda semua. Saya telah membuat semua orang bimbang. Saya sudah dibenarkan keluar hospital dan saya sedang menikmati sesuatu yang lazat.Semoga anda semua sihat, sejahtera dan bahagia," tulis Li.

Menurut laporan akhbar The China Times yang diterbitkan di Taiwan, Li dimasukkan ke hospital untuk membuang "sarkoma kecil".
Sumber : CNA/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita