Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Peminat bimbang lihat cef terkenal Turki semakin susut badan, jalani rawatan hospital

Anggaran Waktu Membaca:
Peminat bimbang lihat cef terkenal Turki semakin susut badan, jalani rawatan hospital

Gambar: Instagram/@cznburak

Diterbitkan : 11 May 2022 01:16PM Dikemas Kini : 11 May 2022 01:16PM

TURKI: Penampilan terkini cef selebriti terkenal berasal dari Turki, Burak Ozdemir atau CZN Burak, menarik perhatian ramai apabila keadaan fizikalnya dilihat semakin susut dan kurang bermaya.

Lebih membimbangkan peminat apabila cef berusia 27 tahun itu memuat naik gambar dan video ke media sosial ketika menerima rawatan di hospital, sekali gus mencetuskan spekulasi berhubung tahap kesihatannya, lapor ohmymedia.

Baru-baru ini, Cef Burak - yang popular dengan hidangan berkuantiti besar sambil tersenyum di hadapan kamera - berkongsi sekeping gambar di Instagram yang menunjukkan beliau mengenakan pakaian pesakit di hospital.

Namun begitu, beliau memaklumkan bahawa dirinya hanya menjalani pemeriksaan kecil selain tidak dinyatakan secara terperinci mengenai rawatan tersebut, lapor ohmymedia.

Malah menerusi aplikasi TikTok, cef yang dipercayai berasal dari kumpulan etnik Syria-Arab itu turut berkongsi satu video menunjukkan dirinya dipasang beberapa wayar perubatan sehingga membuatkan ramai bersedih.

Cef Burak dilaporkan menghidap tumor otak tetapi kesahihan mengenai perkara itu belum dapat dipastikan lagi, lapor ohmymedia menukil satu rencana oleh MM News.

Berikutan keadaan tersebut, ramai peminat dan pengikut Cef Burak dari serata dunia menitipkan doa agar beliau kembali sembuh sekiranya menghidap sebarang penyakit ketika ini.

Sumber : Agensi berita/FA/fa

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa