Peminat 'bertuah' rakyat SG dijemput Adele ke pentas semasa konsertnya di Munich
Anggaran Waktu Membaca:
MUNICH: Penyanyi terkenal Britain, Adele, mencuri perhatian baru-baru ini apabila dia menjemput seorang peminat rakyat Singapura ke pentas.
"6,248 batu, ayuh naik sayang," ujar penyanyi berusia 36 tahun itu.
6,248 batu atau 10,055 kilometer merupakan jarak antara Munich, Jerman dan Singapura.
Peminat wanita tersebut kemudian dibawa ke pentas sebelum dia memeluk erat Adele, yang kemudian menanyakan namanya.
Selepas memperkenalkan dirinya sebagai "Hannah" dengan penuh ghairah, dia kemudian dibawa oleh Adele, ke sisi pentas tersebut agar dia dapat dilihat jelas oleh rakannya "Yan" yang berdiri dalam kalangan penonton. Rakannya itu dilihat teruja merakam detik tidak disangka-sangka itu.
Penyanyi berusia 36 tahun tersebut setakat ini belum mengadakan sebarang konsert di Asia.
Beliau malah, pernah mengatakan dalam satu wawancara bahawa beliau lebih gemar untuk meluangkan masa bersama keluarganya daripada mengadakan konsert jelajah.
Menunjuk ke arah sepanduk Hannah dan Yan, Adele menyuarakan rasa terujanya, melihat (peminatnya itu) membuat poster kecil tersebut.
Yan sempat menunjukkan sepanduk lain, termasuk lukisan bendera Singapura dan dua sepanduk yang tertera "Salam sayang dari Singapura", dan "Amalina kirim rasa sayangnya".
Adele kemudiannya menyebut nama Amalina, yang merupakan rakan Hannah dan Yan di Singapura.
Hannah pastinya tidak melepaskan peluang untuk bergambar bersama Adele.
Berikutan tularnya video tersebut, ramai warganet memuji Adele, yang seringkali dilihat beramah mesra dengan peminatnya dalam apa jua konsert yang diadakan.
Para peminat di sini bahkan, meluahkan bagaimana mereka teringin menyaksikan sendiri konsert Adele di Singapura satu hari nanti.
Ada yang malah, berseloroh mengatakan bahawa Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia Edwin Tong seharusnya membawa penyanyi tersebut ke Singapura.
Ini memandangkan Encik Tong sebelum ini meraih pujian atas usahanya serta pasukannya untuk membawa penyanyi Amerika, Taylor Swift ke negara ini bagi enam konsertnya, yang berlangsung di Stadium Negara, yang mana tiketnya habis dijual.
Adele telah membuat persembahan di Munich sejak 2 Ogos lalu dan akan menggulung konsertnya di Munich pada Sabtu ini (31 Ogos).

Sumber : Today/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.