Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Pemergian S Atan kehilangan besar buat industri muzik Malaysia: Jamal Abdillah

Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Pemergian komposer terkenal S Atan yang meninggal dunia pada Sabtu (16 Nov), pada usia 75 tahun, disifatkan sebagai kehilangan besar kepada industri muzik Malaysia

Penyanyi terkenal Jamal Abdillah berkata, peminat muzik Malaysia pasti akan terasa dan merindui sentuhan lagu-lagu Melayu yang baik daripada Allahyarham.

“Kita kehilangan seorang yang begitu bermakna dalam industri muzik tempatan,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di kediaman Allahyarham S Atan atau nama sebenarnya Hashim Said, di Taman Bukit Kajang di Kuala Lumpur pada Sabtu.

Berita pemergian S Atan disahkan sendiri isterinya, Norizan Yeob, ketika dihubungi Bernama yang memaklumkan suaminya telah menghembuskan nafas terakhir di rumah akibat jangkitan kuman di paru-paru.

Jamal berkata dia mempunyai beberapa lagu yang diterbitkan oleh Allahyarham antaranya tiga lagu hari raya yang hingga kini masih menjadi siulan ramai.

Sementara itu, penyanyi legenda DJ Dave yang sependapat dengan Jamal berkata, bakat, semangat dan dedikasi Allahyarham meninggalkan kesan mendalam dalam industri muzik Malaysia.

“Hari ini saya kehilangan seorang sahabat yang sangat saya hormati, seorang genius muzik yang telah menghidupkan begitu banyak lagu yang tidak akan dilupakan termasuk lagu hit saya seperti ‘Menjelang Hari Raya’ dan ‘Kawan Setia’,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu malam.

DJ Dave yang juga Pengerusi Yayasan Kebajikan Artis Tanahair (YKAT) berkata bulan lepas, dia sempat melawat S Atan di rumahnya ketika Allahyarham sedang sakit, yang kini menjadi satu kenangan sangat bermakna.

“Allahyarham juga bekerja keras dalam menyusun lagu ‘Setia Perpaduan’, lagu perpaduan saya yang dikeluarkan tahun lepas, satu bukti komitmen beliau yang tidak berbelah bahagi untuk menyatukan orang ramai melalui muzik,” katanya.
Sumber : Bernama/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan