Skip to main content

Hiburan

Pembuat filem Jerman berjalan kaki dari Paris ke Berlin, pupuk kesedaran mengenai pelarian

Seorang pembuat filem rakyat Jerman mengembara sejauh 1,400 kilometer dari Paris ke Berlin, dalam usahanya untuk menyeru kepada para penggubal undang-undang supaya menyediakan tempat tinggal bagi kanak-kanak di kem-kem pelarian di Eropah. 

Anggaran Waktu Membaca:
Pembuat filem Jerman berjalan kaki dari Paris ke Berlin, pupuk kesedaran mengenai pelarian

Grig Richters dijadual tiba di Brandenburg Gate, Berlin pada 1 Disember. (Gambar: @grigrichters/Instagram)

Diterbitkan : 29 Oct 2018 05:17PM Dikemas Kini : 29 Oct 2018 05:25PM

BERLIN: Seorang pembuat filem rakyat Jerman mengembara sejauh 1,400 kilometer dari Paris ke Berlin, dalam usahanya untuk menyeru kepada para penggubal undang-undang supaya menyediakan tempat tinggal bagi kanak-kanak di kem-kem pelarian di Eropah. Demikian menurut laporan agensi berita Xinhua.

Grig Richters, yang memulakan perjalanan dari Arc de Triomphe di Paris pada pagi Sabtu (27 Okt) mengatakan bahawa beliau bermatlamat "meningkatkan tahap kesederan orang ramai mengenai keadaan yang menimpa para pelarian serta berharap agar para pemimpin Kesatuan Eropah (EU) akan memberi bantuan sewajarnya kepada kanak-kanak pelarian".

Encik Richters dijadual tiba di Brandenburg Gate, Berlin pada 1 Disember.

"Kita perlu menunjukkan kepada dunia bahawa kita peduli antara satu sama lain dan bahawa kita tidak boleh terima sama sekali sifat kebencian, dan tiada cara lebih baik untuk menunjukkan demikian selain berarak secara damai antara dua ibu kota Eropah yang penuh dengan sejarah," katanya.

Di laman web miliknya, imarchforyou.org, Encik Richters menyeru rakyat negara-negara tersebut supaya menyokong usahanya dan menandatangani petisyen bagi menggesa EU supaya menyediakan tempat tinggal untuk kanak-kanak di kem-kem pelarian.

"Saya sudah berhubungan dengan puluhan keluarga angkat yang akan memberi anak-anak tersebut rumah, tetapi peraturan tidak membenarkan mereka berbuat demikian.

"Jika kita semua bersatu dan meningkatkan kesedaran mengenai keadaan mereka, perubahan boleh dilakukan," katanya dalam petisyen tersebut.

Encik Richters akan melalui Perancis, Belgium serta Jerman, dan bertemu para penyokongnya di 27 bandar. 

Sumber : Bernama/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita