Skip to main content

Hiburan

Pemain saksofon ikonik Kenny G bakal buat persembahan satu malam di Esplanade pada Julai

Anggaran Waktu Membaca:
Pemain saksofon ikonik Kenny G bakal buat persembahan satu malam di Esplanade pada Julai

Pemain saksofon Kenny G. (Gambar: AP Photo/Chris Pizzello)

Diterbitkan : 11 Mar 2025 02:54PM Dikemas Kini : 11 Mar 2025 02:56PM
SINGAPURA: Pemain saksofon Kenny G akan kembali ke Singapura untuk satu malam sahaja bagi mengadakan persembahan pada Julai nanti.

Beliau akan membuai penonton dengan melodi yang mempesonakan di Dewan Konsert Esplanade pada 8 Julai, dua tahun selepas persembahan kali terakhirnya di Sands Theatre di Marina Bay Sands.

Tiket-tiket bagi Kenny G Live Tour 2025 itu kini dijual pada harga dari S$88 hingga S$288 menerusi Sistic dan Book My Show.

Kenny G merupakan salah seorang ahli muzik yang sangat berjaya sepanjang zaman, dengan lebih 75 juta rekod dijual dalam kerjayanya selama empat dekad.

Muziknya pada tahun 1990 Going Home sangat popular di China, dengan banyak perniagaan dan pertubuhan memainkannya sebagai menandakan sudah sampai waktu untuk melabuhkan tirai perniagaan setiap hari.

Pada 1994, Kenny G memenangi Anugerah Grammy pertamanya bagi muzik Forever In Love.
Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita