Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Pemain dram Rolling Stones meninggal dunia

Pemain dram kugiran terkenal Rolling Stones, Charlie Watts, meninggal dunia pada usia 80 tahun.

Anggaran Waktu Membaca:
Pemain dram Rolling Stones meninggal dunia

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 25 Aug 2021 07:50AM Dikemas Kini : 25 Aug 2021 07:51AM

LONDON: Pemain dram kugiran terkenal Rolling Stones, Charlie Watts, meninggal dunia pada usia 80 tahun.

Menurut kenyataan jurucakap kugiran itu, Watts meninggal dunia di London pada pagi Selasa (24 Ogos).

Walaubagaimanapun, punca kematiannya tidak dinyatakan, lapor Variety.

"Dengan rasa penuh dukacita kami mengumumkan pemergian Charlie Watts yang kami sayangi.

"Mendiang meninggal dunia dengan tenang di sebuah hospital di London awal hari ini dikelilingi oleh keluarganya.

"Charlie merupakan seorang suami, ayah dan datuk yang disayangi dan juga anggota Rolling Stones; salah satu pemain dram terhebat dalam generasinya.

"Kami memohon agar keluarganya, ahli kugiran dan teman rapatnya tidak diganggu ketika saat sukar ini."

Pada 4 Ogos lalu, Watts menarik diri daripada menyertai konsert jelajah kugiran itu ke seluruh Amerika Syarikat atas alasan sedang berehat setelah menjalani prosedur perubatan yang tidak didedahkan.

Namun, satu laporan menyatakan bahawa Watts menjalani pembedahan jantung.

Pada 2004, Watts pernah mengalami barah tekak dan juga penyalahgunaan bahan terlarang pada era 1970-an dan 1980-an.

Watts diiktiraf sebagai antara pemain dram muzik rock terbaik sepanjang zaman.

Sumber : Agensi berita/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan