Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Pelitup milik Neelofa, PU Riz dinobat Jenama Baru Terbaik; 800,000 helai dijual dalam 3 bulan

Jenama Markaz Tijaari milik pasangan selebriti Neelofa dan suaminya Ustaz Muhammad Haris Mohd Ismail atau lebih dikenali sebagai PU Riz dinobatkan Jenama Baru Terbaik Tahun Ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Pelitup milik Neelofa, PU Riz dinobat Jenama Baru Terbaik; 800,000 helai dijual dalam 3 bulan

PU Riz dan isterinya, Neelofa. (Gambar: Instagram/hrisbismail)

Diterbitkan : 16 Jan 2022 12:31AM Dikemas Kini : 16 Jan 2022 01:17AM


KUALA LUMPUR: Jenama Markaz Tijaari milik pasangan selebriti Neelofa dan suaminya Ustaz Muhammad Haris Mohd Ismail atau lebih dikenali sebagai PU Riz dinobatkan Jenama Baru Terbaik Tahun Ini.

Pengiktirafan itu diberikan oleh Anugerah Perniagaan dan Kepimpinan Asia 2022.

Menurut PU Riz, 27 tahun, pencapaian itu adalah hasil penjualan pelitup muka NunHa yang mana lebih 800,000 helai sudahpun dijual dalam masa tiga bulan.

Dinukil Media Hiburan, PU Riz berkata: "Alhamdulillah dapat terjual banyak sehinggakan dinobat sebagai 'The Best New Brand of The Year oleh The Asia Business and Leadership Award'.

“Pelitup muka ini sebagai ‘benchmark’ kerana harga terbaik dalam pasaran iaitu murah, mendapat banyak hadiah percuma dengan setiap pembelian, kualiti dan coraknya yang cantik."

PU Riz juga menyifatkan kejayaan itu satu rezeki meskipun berdepan dengan pelbagai cabaran dan ujian, seperti ditukil Media Hiburan.

"Ada orang yang selalu nak kita jatuh, nak kita nampak buruk kerana itu adalah sebahagian besar kesukaan manusia. Tetapi mulut-mulut ini jugalah yang menyebabkan manusia ramai masuk neraka.

“Jadi kepada anda yang sedang atau masih lagi mengikut apa yang diperkatakan oleh publik atau kawan lawan yang negatif, maka berhentilah kerana anda tak tahu kejayaan apa ada di hadapan," kata beliau, dalam nukilan Media Hiburan.

Sumber : Sumber Web/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan