Skip to main content

Hiburan

Pelawak Uncle Roger bakal buka restoran pertama di Malaysia tahun ini

Anggaran Waktu Membaca:
LONDON: Personaliti media sosial yang sinonim dengan ulasan makanan di YouTube, Uncle Roger, membuat pengumuman yang mungkin menggembirakan para peminatnya.

Pelawak berasal dari Malaysia, Nigel Ng, 33 tahun, menjadi popular selepas mengkritik resipi nasi goreng telur oleh rancangan BBC Food.

Kritikan itu mencetuskan frasa yang sering digunakannya seperti "fuiyoh" dan "haiyah", yang menandakan sama ada dia berpuas hati dengan sesuatu hidangan itu, atau sebaliknya.

Dia juga terkenal dengan cintanya kepada bahan perasa MSG, yang juga salah satu bahan penting dalam masakan di Asia.


BERKONGSI RAHSIA KETIKA MENGULAS RANCANGAN ANTHONY BOURDAIN

Kini, Uncle Roger mempunyai kira-kira 9.35 juta langganan di saluran YouTubenya, di mana dia baru memuat naik video dirinya mengulas dokumentari bersiri Anthony Bourdain 'No Resevations', yang mencuba makanan jalanan di Pulau Pinang.

Selepas tidak berpuas hati degan penjelasan Antony mengenai bahan-bahan yang digunakan dalam asam laksa, yang juga hidangan istimewa Pulau Pinang, Uncle Roger berkata: "Jadi, inilah sebab anda harus datang ke negara saya, Malaysia, jika anda gemar dengan makanan. Ini kerana banyak bahan-bahan kita gunakan tidak dieksport. Anda tidak boleh mendapatkannya di luar Malaysia."

Kemudian, dia memberi satu kejutan: "Satu lagi sebab untuk anda datang ke Malaysia. Uncle Roger akan membuka restoran pertama saya. Fuiyoh!"

Meskipun dia tidak mendedahkan maklumat lain seperti konsep atau lokasi restoran tersebut, Uncle Roger berkata bahawa ia akan dibuka tahun ini.

Para peminatnya juga pasti tidak sabar menantikan butiran lain mengenai restoran itu.
Sumber : 8 Days/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita