Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Pelawak Tauke Jambu, 4 rakan didakwa miliki dadah

Pelawak Zamatul Amri Zakaria atau lebih dikenali sebagai “Tauke Jambu” dan empat rakannya didakwa di Mahkamah Majistret pada Selasa (12 Apr) atas tuduhan memiliki dadah jenis ketamin.

Anggaran Waktu Membaca:
Pelawak Tauke Jambu, 4 rakan didakwa miliki dadah

Pelawak Tauke Jambu didakwa atas tuduhan memiliki dadah ketamin. (Gambar: Tauke Jambu/Facebook)

KUALA LUMPUR: Pelawak Zamatul Amri Zakaria atau lebih dikenali sebagai “Tauke Jambu” dan empat rakannya didakwa di Mahkamah Majistret pada Selasa (12 Apr) atas tuduhan memiliki dadah jenis ketamin.

Bagaimanapun, Zamatul Amri, 46; Muhamad Azman Johar, 28; Brandon Cheong Kai Szern, 25, serta dua wanita, Salimah Nasuha Gusti Hassan, 29 dan Lee Kim Yoon, 44, masing-masing mengaku tidak bersalah selepas tuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Aina Azahra Arifin.

Mereka didakwa bersama-sama memiliki dadah berbahaya jenis ketamin dengan berat bersih 0.37 gram, di 15-01 Menara Up, Jalan Puchong, pada 2.40 pagi pada 10 April lalu.

Pendakwaan adalah mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 12 (3) akta sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan denda maksimum RM100,000 (S$32,250) atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pegawai Pendakwa ASP Nom Phot Prackdit mencadangkan jaminan RM4,000 (S$1,290) dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh.

Zamatul Amri yang tidak diwakili peguam merayu jaminan rendah atas alasan pendapatannya terjejas dan ini adalah kesalahan pertamanya manakala empat tertuduh lain turut merayu jaminan rendah.

Mahkamah membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM3,700 (S$1,190) dengan seorang penjamin dan menetapkan 9 Jun ini untuk sebutan semula kes.

Sumber : Bernama/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan