Skip to main content

Hiburan

Pelawak Suhaimi Yusof timang cucu pertama

Anggaran Waktu Membaca:
 Pelawak Suhaimi Yusof timang cucu pertama

Pelawak Singapura, Suhaimi Yusof. (Gambar: YouTube/comedianvs)

Diterbitkan : 24 Jul 2026 10:57AM Dikemas Kini : 24 Jul 2026 10:58AM
SINGAPURA: Pelawak popular Singapura, Suhaimi Yusof, 56 tahun, kini bergelar seorang datuk.

Pada Rabu (22 Jul), pelakon Police & Thief itu mengumumkan bahawa beliau menyambut kelahiran cucu pertamanya - seorang bayi lelaki yang dilahirkan pada 21 Julai. Bayi berkenaan merupakan anak pertama kepada anak sulung Suhaimi, Amirul Suhaimi, 30 tahun, dan menantunya.

Menerusi catatan di akaun Instagram miliknya, Suhaimi memanjatkan rasa syukur kepada Allah kerana dapat melihat cucu pertamanya dan menulis: "Jantung saya masih berdegup kencang sampai tidak boleh tidur."

Catatan Suhaimi memaparkan beberapa keping gambar anggota keluarga dan cucu lelakinya, bersama gambar lama Suhaimi memegang Amirul semasa masih bayi.

"Budak kecil itu kini sudah jadi bapa kepada seorang lagi budak kecil!" tulis Suhaimi pada gambar lama tersebut.
Ucap selamat turut mencurah-curah daripada rakan-rakan selebriti dan rakan sekerja, termasuk penerbit Sujimy Mohamad, pelakon Aileen Tan, serta penyanyi rap dan usahawan Sheikh Haikel.

"Tahniah kepada anda dan keluarga," tulis Tan.

Selain Amirul, Suhaimi Yusof dan isterinya, Siti Yuhana Sulaiman, mempunyai dua lagi anak: Nurjannah, 28 tahun, dan Sufi, 26 tahun.

Suhaimi dan Sufi baru-baru ini muncul dalam satu video CNA Insider, di mana mereka meluangkan masa berdua sambil berbual mengenai keluarga dan pengalaman mereka.
Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita