Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Pelawak Malaysia diheret ke mahkamah atas tuduhan miliki ganja

Anggaran Waktu Membaca:
Pelawak Malaysia diheret ke mahkamah atas tuduhan miliki ganja

(Gambar: Petikan skrin Astro Gempak/Instagram)

Diterbitkan : 20 Dec 2024 10:58AM Dikemas Kini : 20 Dec 2024 10:59AM
SEPANG: Seorang pelakon dan pelawak dibawa ke Mahkamah Sepang pada pukul 9.10 pagi Jumaat (20 Dis), dipercayai bagi menghadapi dua tuduhan kes dadah.

Menyedari kehadiran media, pelakon berusia 41 tahun yang memakai baju berwarna ungu bertindak menutup muka dengan menggunakan kain kelabu, lapor Sinar Harian.

Sebelum ini, agensi berita itu melaporkan artis tersebut ditahan reman selama lima hari bagi membantu siasatan kes memiliki dadah jenis ganja di rumahnya di Cyberjaya pada Sabtu lalu.

Dalam serbuan itu, polis turut menemui dua paket plastik berisi daun kering disyaki ganja seberat 60.3 gram dan selebriti itu juga disahkan positif dadah jenis Tetrahydrocannabinol (THC).

Menurut Ketua Polis Daerah Sepang, Penolong Pesuruhjaya Norhizam Bahaman, lelaki itu berdepan tuduhan mengikut Seksyen 39A (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952.

Turut hadir di mahkamah ialah isteri selebriti itu, bersama peguam, Mohd Fadly Hashim, menurut Sinar Harian.

Pada Khamis, isteri pelawak tersebut memberitahu akan terus berjuang demi menuntut keadilan buat suaminya.
Sumber : Agensi berita/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan