Skip to main content

Hiburan

Pelawak disyaki terlibat kes pemerdagangan manusia tidak didakwa di mahkamah

Polis mengesahkan bahawa pelawak yang sebelum ini ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes pemerdagangan manusia pada awal bulan ini, tidak akan didakwa di Mahkamah Majistret hari ini (24 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
Pelawak disyaki terlibat kes pemerdagangan manusia tidak didakwa di mahkamah

(Gambar fail: TODAY)

Diterbitkan : 24 Aug 2021 09:54AM Dikemas Kini : 24 Aug 2021 09:55AM

KUALA PILAH: Polis mengesahkan bahawa pelawak yang sebelum ini ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes pemerdagangan manusia pada awal bulan ini, tidak akan didakwa di Mahkamah Majistret hari ini (24 Ogos).

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani berkata sebaliknya, dua individu lain, masing-masing seorang lelaki dan wanita akan didakwa di mahkamah kerana dipercayai terbabit dalam kes pemerdagangan manusia yang dibongkar oleh polis daerah berkenaan pada 1 Ogos lalu.

"Seorang pelawak yang sebelum ini dikatakan terbabit dalam kes berkenaan, tidak dihadapkan ke mahkamah.

"Penahanan pelawak terbabit sebelum ini hanya bagi membantu siasatan kes berkenaan dan dia tidak akan didakwa di mahkamah esok," katanya ketika dihubungi BH Online semalam (23 Ogos).

Sebelum ini, media tempatan melaporkan bahawa seorang pelawak berusia 40-an tahun ditahan bagi membantu siasatan kegiatan pemerdagangan manusia bagi tujuan eksploitasi seks di sebuah hotel di Kuala Pilah menyusuli serbuan Op Pintas.

Dalam operasi berkenaan, polis turut menyelamatkan seorang wanita berketurunan Melanau di sebuah bilik hotel di daerah berkenaan dan kini wanita tersebut mendapat perintah perlindungan sementara serta ditempatkan di sebuah rumah perlindungan di Johor.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 15 tahun dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan, lapor BH Online.

Pelawak berkenaan bagaimanapun dikenakan kompaun atas kesalahan rentas negeri tanpa kebenaran mengikut Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Pelan Pemulihan Negara) 2021.

Sumber : Agensi berita/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita