Pelawak Accapan meninggal dunia
Dunia seni hiburan kehilangan seorang pelawak terkenal hari ini (14 Sep).
PETALING JAYA: Dunia seni hiburan kehilangan seorang pelawak terkenal hari ini (14 Sep). Accapan atau nama sebenarnya Samynathan Rethinam, 63 tahun, menghembuskan nafas terakhir setelah bertarung dengan masalah kegagalan buah pinggang.
Anaknya, Yhuveneshwary, memberitahu mStar bahawa ayahnya itu meninggal dunia di sisi keluarga pada jam 2.43 pagi tadi.
Upacara penghormatan terakhir bakal dilangsungkan di rumahnya pada sekitar 3.00 petang nanti.
Accapan antara artis popular dalam dunia hiburan Melayu sejak tahun 1980-an. Menurut mStar, bakat Accapan dicungkil menerusi satu rancangan terbitan RTM.
Accapan meninggalkan seorang isteri dan tiga orang anak. Persatuan Seniman Malaysia turut melahirkan rasa dukacita atas pemergian pelawak itu dan mengutuskan ucapan takziah kepada keluarga mendiang, lapor mStar.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.