Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Pelanggan Singtel dan StarHub TV+ kini boleh tonton saluran Mediacorp di khidmat penstriman masing-masing

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Pelanggan Singtel dan StarHub TV+ kini boleh menerima kandungan Mediacorp (FTA) melalui perkhidmatan penstriman masing-masing.

Sebelum ini, hanya pelanggan dengan peralatan kotak set-top yang sesuai boleh mengakses saluran FTA pada TV mereka. Kandungan FTA juga boleh diakses melalui perkhidmatan penstriman video Mediacorp, meWATCH.

Dalam perancangan ialah untuk membolehkan semua pelanggan Singtel dan TV+ StarHub yang menggunakan kotak set-top – tanpa mengira pelan langganan mereka – menikmati program 24 jam dari saluran Mediacorp iaitu Saluran 5, Saluran 8, Channel U, Suria, Vasantham dan CNA melalui platform OTT Singtel dan StarHub. Saluran tersebut sudah diaktifkan secara automatik dan pelanggan Singtel dan StarHub tidak perlu buat apa-apa atau bayar kos tambahan.

“Saluran FTA Mediacorp sangat popular dalam kalangan penonton di Singapura. Kami gembira saluran ini kini ditawarkan kepada pelanggan Singtel dan TV+ Starhub di platform penstriman masing-masing," kata Anil Nihalani, Ketua Produk Digital & Teknologi Mediacorp, dalam satu kenyataan mediar pada Isnin (8 Mei).

"Selain dapat menikmati rangkaian luas program yang diterbitkan dan diperolehi oleh Mediacorp di mewatch, mereka kini boleh mengakses kandungan kami secara langsung melalui aplikasi dan kotak set-top box penyedia perkhidmatan masing-masing."

Mediacorp juga mengumumkan pihaknya telah bekerjasama dengan syarikat hiburan yang memenangi anugerah Moonbug Entertainment untuk membawa lima tajuk menarik kepada okto on 5 dan meWATCH. Ini termasuk Oddbods, sebuah rancangan komedi mengenai tujuh rakan, dan rancangan bertemakan bola sepak Supa Strikas.
Sumber : CNA/SU/hy

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan